Utusan Borneo (Sabah)

Polis Indonesia tembak mati 11 penjenayah

-

JAKARTA: Polis Indonesia menembak mati 11 suspek penjenayah kecil-kecilan dan mencederak­an puluhan lagi dalam satu operasi sebelum ia menganjurk­an Sukan Asia pada bulan depan, kata pihak berkuasa semalam.

Kira-kira 52 suspek ditembak selepas melawan tangkapan di ibu negara Jakarta sejak awal Julai, dengan 11 mati akibat kecederaan yang dialami, kata polis.

“Mereka membahayak­an orang ramai kerana melawan tangkapan,” kata jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono.

Lebih 2,000 suspek yang disyaki penjenayah sudah ditangkap sejak beberapa minggu lalu, tambahnya.

Ratusan anggota polis tambahan sedang meronda di Jakarta sebelum ia menganjurk­an acara pada 18 Ogos hingga 2 September berkenaan bersama kota Palembang di Pulau Sumatra.

Kawalan keselamata­n menjadi kebimbanga­n utama di temasya sukan itu yang berlangsun­g beberapa bulan selepas serangan maut di kota raya kedua terbesar Surabaya, menimbulka­n semula kebimbanga­n mengenai militan Islamis.

Skuad antiterori­sme Indonesia sudah menangkap kira-kira 200 suspek pengganas sejak serangan pada Mei lalu, menurut ketua polis negara.

Tiga suspek pengganas ditembak mati polis sewaktu serbuan di ibu kota kebudayaan Indonesia, Yogyakarta hujung minggu ini.

Kira-kira 100,000 kakitangan keselamata­n akan dikerahkan di Jakarta, Palembang dan wilayah Jawa Barat, yang akan menganjurk­an beberapa acara sewaktu temasya sukan nanti.

Lebih 11,000 atlet dari 45 negara dijadual bertanding pada acara sukan kedua terbesar selepas Sukan Olimpik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia