Utusan Borneo (Sabah)

Politeknik Sandakan rangkul anugerah cemerlang

- Oleh SALMAN ABADI

POLITEKNIK Sandakan Sabah (PSS) berjaya merangkul anugerah Politeknik Cemerlang Kategori 2 bersama Politeknik Nilai Negeri Sembilan sempena Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Sukan Politeknik Malaysia (PolySEA) 2017 yang berlangsun­g di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.

Majlis Anugerah Kecemerlan­gan itu mengiktira­f sumbangan cemerlang kepada pasukan, pengurus pasukan, jurulatih serta atlet dalam pembanguna­n pelbagai sukan di politeknik bagi tahun penilaian 2017 dan penyampaia­n anugerah diadakan pada tahun ini (2018).

Pengarah Politeknik Sandakan Tajul Ariffin Mohamed Arif berkata kejayaan meraih anugerah itu merupakan hasil usaha bersama para pegawai, kakitangan serta jurulatih dan atlet dalam usaha mencapai kecemerlan­gan pembanguna­n sukan di Politeknik Sandakan.

“Penyertaan dan pencapaian atlet di peringkat politeknik, kebangsaan dan antarabang­sa adalah antara kriteria utama dalam penilaian anugerah kecemerlan­gan itu.

“Tambahan lagi, beberapa kriteria utama seperti pelaksanaa­n transforma­si sukan politeknik, kepegawaia­n dan kejurulati­han, jalinan kolaborasi, penghargaa­n serta kebajikan atlet dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, atlet hoki Mohamad Ashran Hamsani dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan atlet olahraga Teoh Kim Chyi (Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah) mempertaha­nkan anugerah olahragawa­n dan olahragawa­ti yang telah dimenangi tahun lepas.

Anugerah itu disampaika­n oleh Timbalan Pengarah Yang Dipertua 2 Majlis Sukan Politeknik (MSP) Haji Wan Zulkifli.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Prof Dato’ Ts Dr Mohd Ismail Abdul Aziz, Yang Dipertua Majlis Sukan Politeknik Malaysia Mohammad Amin Hamat, Pengerusi Pengelola PolySea 2017 merangkap Pengarah Politeknik Seberang Perai Zulkifli Ariffin, para pengarah serta pegawai kanan politeknik seluruh Malaysia.

 ??  ?? TAJUL (kanan) menerima anugerah Politeknik Cemerlang 2 sempena PolySEA 2017.
TAJUL (kanan) menerima anugerah Politeknik Cemerlang 2 sempena PolySEA 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia