Utusan Borneo (Sabah)

Peluang Chong Wei tebus kekecewaan di Nanjing

-

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berpeluang menebus kekecewaan tahun lalu apabila sekali lagi bertemu Brice Leverdez pada Kejohanan Badminton Dunia yang berlangsun­g di Nanjing, China dari 30 Julai hingga 5 Ogos ini.

Chong Wei perlu mengalahka­n pemain Perancis itu pada pusingan pertama kali ini untuk bertemu Wang Tzu Wei dari Taiwan atau Jason Ho-Shue dari Kanada pada pusingan kedua dan bakal menanti beliau di pusingan ketiga adalah pemain muda, Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia yang turun selaku pemain pilihan ke-12 kejohanan.

Menurut majlis undian dikendalik­an oleh Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) hari ini, Chong Wei bakal menerima tentangan daripada pemain pilihan kelima, Srikanth Kidambi dari India atau seorang lagi pemain muda dari Indonesia, Jonatan Christie di suku akhir.

Cabaran sebenar Chong Wei bakal teruji apabila menanti beliau di separuh akhir adalah pemain sedang meningkat naik, Kenta Momota dari Jepun atau pemain pilihan keempat Son Wan Ho dari Korea Selatan.

Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Ng Chin Chai berkata walaupun Chong Wei pernah ditewaskan seawal pusingan pertama musim lalu namun beliau percaya dengan kemampuan Chong Wei untuk mengatasin­ya pada edisi kali ini.

“Saya percaya beliau mampu melepasi pusingan pertama kali ini, selepas itu kemungkina­n bertemu Ginting iaitu merupakan seorang pemain muda yang bagus. Sekiranya beliau Berjaya melepasi dua pusingan awal itu, peluangnya untuk ke separuh akhir lebih mudah.

“Sudah semestinya sasaran Chong Wei pada kali ini adalah menjadi juara. Pada pendapat saya, lebih baik Chong Wei bertemu Momota lebih awal kemungkina­n di separuh akhir. In final it would be different opinion. Saya percaya Chong Wei akan melakukan banyak analisis mengenai kesemua pencabarny­a untuk kejohanan itu nanti,” katanya selepas majlis undian di Ibu Pejabat BWF di Naza Tower Platinum Park, Persiaran KLCC di sini pada Selasa.

Chong Wei pernah memenangi pingat perak kejohanan berprestij itu sebanyak tiga kali pada 2011, 2013 dan 2015 dan pingat gangsa pada 2005.

Sementara itu juara bertahan Viktor Axelsen, pemain pilihan utama kejohanan bakal menerima tentangan sengit apabila dijangka berdepan Chen Long pada suku akhir sekiranya berjaya mengalahka­n pemain China itu menanti beliau seterusnya adalah dua jaguh tuan rumah, Shi Yuqi atau Lin Dan di separuh akhir.

Axelsen dari Denmark menerima laluan muda pada pusingan pertama kejohanan apabila bertemu pemain bukan pilihan Duarte Nuno Anjo dari Portugal kemudian bakal menentang pemain tuan rumah, Huang Yuxiang atau Cao Cuong Pham dari Vietnam pada pusingan kedua.

Axelsen dijangka membuat perhitunga­n dengan pemain pilihan bagi pusingan ketiga adalah Angus Ng Ka Long dari Hong Kong.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia