Utusan Borneo (Sabah)

Misi buru mata maksima

Sabah tekad benam Pulau Pinang pada saingan Liga Premier malam ini

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pengurus pasukan, Datuk Juil Nuatim mahu pasukan buru mata maksima pada tiga perlawanan terakhir saingan Liga Premier termasuk menentang Pulau Pinang di Stadium Likas malam ini.

“Kita masih boleh naik satu atau dua tangga jika dapat mata maksima dari tiga perlawanan terakhir. Apapun kami akan fikirkanny­a satu persatu bermula menentang Pulau Pinang esok (malam ini).

“Saya percaya pasukan sudah bersedia dan pemain juga tahu apa yang dituntut daripada mereka,” kata Juil, ketika ditemui menyaksika­n pasukan berlatih di Stadium Likas pada Selasa.

Menurutnya, kemenangan 2-1 ke atas Terengganu FC II (TFC II) di tempat lawan pada Jumaat lalu telah menyuntik semangat dan keyakinan pasukan.

“Saya percaya barisan jurulatih yang diketuai Jelius Ating juga telah bersedia dengan strategi untuk memburu mata penuh bagi memastikan pasukan dapat capai kedudukan tertinggi yang mampu dicapai musim ini sekaligus memastikan tempat dalam saingan Piala Malaysia yang diperuntuk­kan kepada lima pasukan teratas,” katanya.

Jelius dijangka tidak akan membuat perubahan drastik senarai kesebelasa­n utama tetapi akan mempunyai beberapa pilihan kombinasi pemain dengan kehadiran semula Randy Baruh yang telah menamatkan penggantun­gan satu permainan.

Keisuke Ogawa dan Jenius Karib yang sebelum ini diketepika­n kerana kecederaan juga telah kembali menjalani latihan tetapi kedudukan mereka untuk kesebelasa­n utama masih samar. Begitu juga dengan Sabri Sahar yang mengalami kecederaan semasa perlawanan menentang TFC II.

“Kedudukan pemain ini akan ditentukan beberapa jam sebelum perlawanan. Setakat ini hanya, Mafri (Balang) yang memang tidak dapat disenaraik­an kerana kecederaan,” kata Jelius ketika dihubungi pada Selasa.

Bayangan awal kesebelasa­n Sabah adalah Rozaimi Rohim selaku penjaga gol utama manakala Rawilson Batuil, Francis Kasonde, Dendy Lowa dan Randy Baruh di benteng pertahanan.

Mohd Azizan Nordin, Maxsius Musa, Hamran Peter dan Sabri Sahar, Ricco Nigel Milus atau Ogawa yakan menggerakk­an jentera tengah manakala gandingan Hector Omar Ramos Lebron dan Rodoljub Paunovic menjadi sandaran jentera serangan.

Sebabagi rekod, pertemuan kedua-dua pasukan pada pusingan pertama berpihak kepada Pulau Pinang dengan kemenangan 2-1.

Sabah bagaimanap­un kini berada di kedudukan lebih baik di tangga kelima dengan 24 mata manakala Pulau Pinang di ditangga kelapan dengan 19 mata.

Empat pasukan teratas didahului Felda United FC (41 mata) diikuti Felcra FC (31), MISC-MIFA (26) dan PDRM (25).

 ??  ?? JELIUS
JELIUS
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia