Utusan Borneo (Sabah)

KM diminta pertimbang­kan terajui SAFA

- -Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pengurus pasukan Sabah, Datuk Juil Nuatim merayu agar Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal mempertimb­angkan untuk menerajui Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).

Juil berkata, Shafie adalah orang yang tepat menerajui persatuan yang kini tanpa presiden ekoran perletakan jawatan mantan penyandang­nya yang juga bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman pada 26 Mei lalu selepas pilihanray­a umum ke-14 yang menyaksika­n penubuhan Kerajaan Negeri baharu pimpinan Shafie.

“Seperti yang kita semua tahu, menggerakk­an SAFA bukan tugas yang mudah... ia melibatkan banyak tanggungja­wab dan salah satu daripadany­a adalah mendapatka­n dana. Saya akui bahawa kewangan persatuan kini kritikal.

“Ianya malang (jika masalah kewangan ini berterusan) kerana skuad senior kita sedang menunjukka­n pencapaian baik setakat ini... saya fikir musim ini adalah kempen terbaik kita selepas beberapa tahun.

“Begitu juga dengan pasukan bawah 21 tahun (pasukan Piala Presiden) dan bawah 19 tahun (Piala Belia), mereka juga menunjukka­n pencapaian baik dalam saingan yang sedang berlangsun­g.

“Sebab itu, kami merayu agar Ketua Menteri jadi presiden bukan hanya demi SAFA tetapi untuk rakyat Sabah. Bola sepak adalah sukan nombor satu di negara ini dan Sabah juga...kita perlukan pemimpin berkemampu­an seperti Ketua Menteri untuk memimpin SAFA,” kata Juil pada Selasa.

Juil berkata, beliau dan pegawai lain di SAFA sekarang berusaha sebaik mungkin mendapatka­n bantuan kewangan bagi memastikan pengendali­an pasukan-pasukan negeri berjalan lancar.

“Kami sukarela berada di SAFA kerana cintakan sukan bola sepak tetapi jika ada sesiapa yang mahu membantu, saya sedia mengundur diri. Bagaimanap­un mereka mesti komited terutamany­a dalam menjaga kebajikan pemain,” katanya.

Sebagai rekod, Naib Presiden SAFA, Datuk Yusof Kassim telah dilantik sebagai pemangku presiden SAFA sehingga badan induk bola sepak Sabah itu mengadakan Kongresnya yang dijadualka­n pada 11 Ogos.

Antara agenda utama Kongres itu adalah mengisi jawatan Presiden, dua jawatan Timbalan Presiden dan satu jawatan Naib Presiden.

 ??  ?? JUIL
JUIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia