Utusan Borneo (Sabah)

Cahill umum persaraan dari bola sepak antarabang­sa

-

SYDNEY, Australia: Penjaring terbanyak bola sepak Australia, Tim Cahill, bersara dari bola sepak antarabang­sa Selasa lepas, sekali gus menamatkan karier gemilang di mana beliau bermain dalam empat edisi Piala Dunia.

Pemain berusia 38 tahun itu, yang menjaringk­an 50 gol dari 107 penampilan antarabang­sa, kali terakhir bermain untuk Australia ialah apabila dimasukkan dari bangku simpanan untuk perlawanan terakhir pusingan pertama Piala Dunia 2018 menentang Peru di Rusia.

“Hari ini adalah hari di mana saya secara rasmi bersara dari bola sepak antarabang­sa,” tweet Cahill menerusi akaun rasmi Twitter beliau.

“Tiada kata-kata dapat menggambar­kan apa maknanya mewakili negara saya. Ribuan terima kasih kepada semua orang yang menyokong sepanjang tempoh saya menyarung jersi kebangsaan (Australia).”

Bekas penyerang kelab Everton dalam Liga Perdana Inggeris itu, yang juga salah seorang pemain terhebat pernah dilahirkan Australia, tidak berkata jika beliau akan terus bermain di peringkat kelab.

Beliau menyertai bekas kelab, Millwall dalam Liga Kejuaraan (divisyen dua) untuk kontrak singkat pada bulan Januari selepas meninggalk­an kelab tempatan, Melbourne City dalam usaha untuk bermain kerap untuk layak ke Rusia.

Cahill memulakan karier antarabang­sa beliau bermain untuk Western Samoa, negeri asal ibunya dalam skuad bawah 20 tahun dan hanya bermain untuk Australia pada 2004 selepas satu lobi oleh Australia ke badan induk bola sepak dunia, FIFA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia