Bersama memerangi rasuah
UMS anjur aktiviti ‘10 minit Bersama Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah’
KOTA KINABALU: Aktiviti ‘10 Minit Bersama Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah’ adalah aktiviti yang dianjurkan sendiri oleh Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah.
Aktiviti ini dijalankan pada setiap hari khamis di tapak Pasar Tani, Anjung Siswa, Universiti Malaysia Sabah dan meletakkan tiga objektif utama iaitu aktiviti ini diharapkan mampu melahirkan mahasiswa dan masyarakat yang peka dengan isu-isu dan masalah rasuah yang berlaku khususnya di negara kita Malaysia.
Seterusnya, membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyampaikan mesejmesej berkaitan anti rasuah Kepada mahasiswa UMS dan juga masyarakat luar yang berkunjung ke tapak Pasar Tani berkenaan.
Ia juga menjadikan Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah sebagai pusat rujukan ilmiah berkaitan dengan gejala rasuah dan rakan-rakan sekretariat bebas daripada masalah rasuah.
Aktiviti ‘10 Minit’ ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa dan juga orang awam berkaitan dengan isuisu rasuah di negara khususnya di Malaysia.
Aktiviti ini juga bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mahasiswa dan juga ahli SPRUMS terhadap rasuah itu sendiri yang merangkumi definisi, hukuman, jenis-jenis rasuah, individu-individu yang sering terlibat dalam jenayah rasuah serta contohcontoh masalah rasuah yang pernah berlaku di Malaysia.
Segala maklumat ini disampaikan melalui sesi talimat ataupun sesi perkongsian ilmu yang disampaikan sendiri oleh ahliahli SPRUMS itu sendiri.
Selaindaripadaperkongsian, aktiviti busker juga turut diadakan bagi menarik minat para pengunjung sambil mendengarkan aktiviti yang dijalankan.
Seterusnya aktiviti ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli SPRUMS dan juga mahasiswa UMS itu sendiri.