Menarik di PAWAGAM
Judul: Hotel Transylvania 3: A Monster Vacation Bahasa: Inggeris
Sarikata: Melayu / Cina
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 19 Julai 2018
Genre: Animasi / Komedi / Kekeluargaan
Durasi: 1 Jam 37 Minit
Pengedar: Sony Pictures Entertainment Pelakon: Adam Sandler, Andy Samberg, Selena Gomez, Kevin James, Kathryn Hahn
Pengarah: Genndy Tartakovsky
Format: 2D
Sipnosis ~ Mavis mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu yang baik untuk bapanya dan telah merancang pelayaran keluarga di kapal layar besar. Ini adalah percutian jauh daripada semua orang yang bercuti di Hotel Transylvania, tetapi sudah pasti rakan Drac turut mengikutnya. Ketika dalam kapal, Drac mula jatuh cinta dengan kapten kapal. Mavis cuba menjauhkan bapanya daripada kapten itu, yang rupa-rupanya Ericka Van Helsing, iaitu waris musuh purba Drac, Abraham Van Helsing.
Judul: The Mermaid: Lake Of The Dead Bahasa: Inggeris
Sarikata: Melayu / Cina
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 19 Julai 2018
Genre: Seram / Romantik
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Victoria Agalakova, Igor Khripunov, Efim Petrunin, Nikita Elenev
Pengarah: Svyatoslav Podgayevskiy Format: 2D
Sipnosis ~ Ikan duyung jahat telah jatuh cinta dengan tunang Marina, Roman dan mahu menjauhkan lelaki itu daripada Marina dengan membawanya ke Kingdom of Death bawah air. Ikan duyung itu sebenarnya seorang wanita yang lemas beberapa abad dahulu. Marina hanya mempunyai masa satu minggu sahaja untuk mengatasi ketakutannya dan menentang makhluk itu demi menyelamatkan tunang dan juga dirinya sendiri.