Utusan Borneo (Sabah)

Kakitangan Maybank hulur sumbangan untuk mangsa kebakaran

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Keprihatin­an pegawai dan kakitangan Maybank di seluruh Sabah dan WP Labuan yang mengadakan kutipan sumbangan untuk mangsa kebakaran di Kampung Cenderamat­a 2 Likas mendapat pujian dan penghargaa­n daripada Pengarah Wilayah Maybank Sabah, Liew Kui Choi.

“Iaselarasd­engansloga­nMaybankia­itu menginsank­an perkhidmat­an perbankan dan kewangan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Pegawai dan Kakitangan Maybank di Lorong Kemajuan, Karamunsin­g, petang Jumaat.

Katanya, sumbangan ikhlas dari pegawai dan kakitangan Maybank seluruh cawangan di Sabah termasuk cawangan daerah lain seperti Ranau, Tawau, Sandakan, Semporna, Kudat, Beaufort, Lahad Datu, Sipitang, Keningau, Labuan dan sekitar Kota Kinabalu, termasukla­h Unit-unit Sokongan lain.

“Sumbangan ikhlas hari ini dapat diatur dalam masa kurang dari dua hari,“katanya, sambil mengucapka­n terima kasih kepada semua kakitangan beliau serta pihak lain yang terlibat.

Ia juga menjadikan kakitangan lebih prihatin terhadap kebajikan masyarakat dan menghulurk­an sumbangan ikhlas mereka kepada mangsa kebakaran.

Untuk rekod, sebanyak 150 rumah musnah dalam kebakaran setinggan berdekatan Kampung Cenderamat­a 2 Likas pada petang Selasa 24 Julai.

Sumbangan itu diserahkan oleh Pengarah Wilayah Maybank Sabah, Liew Kui Choi kepada Penyelaras Persatuan Mesra Alam Sekitar Sabah (MASeSA), Anne Jamin.

Turut hadir beberapa pegawai kanan Maybank, Ketua Penyelaras dan Sokongan Wilayah, Alex Tham, Ketua Perbankan Pengguna, Abbas CK Yahya, Pengurus Sumber Manusia, Kerr Ai Beng dan Jennifer Makulin yang menyelia usaha berkenaan.

Sumbangan bernilai kira-kira RM12,000 berupa selimut, pakaian terpakai, kasut, beg, tuala, makanan, makanan bayi, air minuman kotak, keperluan asas seperti ubat gigi, sabun, berus gigi dan beras, akan diagihkan kepada mangsa kebakaran Kampung Cenderamat­a 2 Likas.

 ??  ?? LIEW menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran melalui MASeSA.
LIEW menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran melalui MASeSA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia