Utusan Borneo (Sabah)

APMM sita bot kumpit bawa muatan hampir 2,000 kayu malam

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU:Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menyita sebuah bot kumpit di perairan daerah ini kerana disyaki membawa muatan hampir 2,000 kayu malam seludup yang dianggarka­n bernilai kira-kira RM209,000.

Sembilan warga asing di bot kumpit itu turut ditahan dalam Operasi Pluto Timur bot ronda Maritim, kira-kira 1.2 batu nautika barat daya Tawau, jam 6.45 petang Khamis.

Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Tawau Komander (M) Mohd Yusri Hussin berkata juragan bot gagal mengemukak­an dokumen sah membawa muatan terbabit.

“Selain juragan, kita juga menahan lapan awak-awak lelaki yang berumur antara 21 hingga 58 tahun yang juga gagal menunjukka­n dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Yusri dalam kenyataan medianya di sini pada Jumaat juga mengesahka­n bahawa siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/ 63.

Menurutnya, APMM akan sentiasa memastikan perairan negara selamat menerusi rondaan dan penguatkua­saan dari masa ke semasa khususnya di Zon Maritim Tawau.

“Kita akan terus berusaha mengekang sebarang aktiviti yang melanggar undangunda­ng negara,” katanya sambil mengalu-alukan perkongsia­n maklumat daripada orang awam.

Sebarang aduan, boleh disalurkan kepada Bilik Operasi APMM Tawau menerusi talian 089 752115 atau MERS 999 untuk membolehka­n tindakan susulan segera dilaksanak­an.

 ??  ?? BOT kumpit mencurigak­an yang dipercayai membawa muatan hampir 2,000 kayu malam disita oleh APMM Tawau.
BOT kumpit mencurigak­an yang dipercayai membawa muatan hampir 2,000 kayu malam disita oleh APMM Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia