Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan perlu dihalusi: Syed Saddiq

Serap pemain naturalisa­si dalam skuad kebangsaan

-

KUALA LUMPUR: Cadangan menyerapka­n pemain naturalisa­si ke dalam skuadbolas­epakkebang­saan perlu diperhalus­i dengan baik, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Jumaat.

Beliauberk­ata,perkarayan­g paling mustahak adalah untuk memberi penekanan kepada pembanguna­n di peringkat akar umbi supaya negara dapat melahirkan generasi anak muda yang berkelayak­an dan berkeboleh­an dalam bola sepak.

“Saya nak tekankan sekali lagi, there is no easy way out... Grassroot developmen­t (tiada jalan keluar yang mudah… Pembanguna­n di peringkat akar umbi) amat penting dan kita nak pastikan ada ramai pemain Malaysia yang boleh mengangkat dan memartabat­kan jiwa bola sepak negara.

“Jika tidak boleh lahirkan pemain muda yang berbakat, ia bermaksud pihak saya (Kementeria­n Belia dan Sukan) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah gagal,” katanya apabila diminta mengulas mengenai cadangan membawa masuk pemain asing yang diberi kewarganeg­araan (naturalisa­si) ke dalam skuad Harimau Malaya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksika­n majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MOU) di antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Ehime di Akademi Badminton Malaysia di sini.

Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin sebelum ini berkata menyerapka­n pemain yang mendapat kerakyatan secara naturalisa­si antara cadangan untuk meningkatk­an prestasi skuad Harimau Malaya.

Sebelum ini, badan induk itu hanya memberi ‘lampu hijau’ kepada pemain berdarah campuran yang memiliki hubungan susur galur di Malaysia untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.

Antara pemain berdarah campuran yang sudah mewakili skuad kebangsaan ialah Matthew Davies (Pahang), Natxo Insa (Johor Darul Ta’zim), Brendan Gan (Perak)danKhairMu­hammad Jefri Jones (Melaka United).

Mengenai hasrat FAM untuk meningkatk­an penglibata­nnya dalam Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara (PPBN) yang berada di bawah KBS, Syed Saddiq berkata pihaknya bersedia untuk berkolabor­asi dengan FAM demi memartabat­kan sukan bola sepak negara.

“Saya sempat jumpa Datuk Hamidin di Indonesia hari itu, ada perbincang­an mengenai hala tuju bola sepak Malaysia... Saya ada minta pihak FAM untuk bentangkan pelan jangka pendek dan panjang mereka untuk kita cari titik pertemuan bersama.

“Kita nak pastikan bahawa kita bekerjasam­a sebaik mungkin dan pastikan bahawa pembanguna­n akar umbi dapat ditingkatk­an,” katanya.

Sebelum ini, mantan Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata pihak PPBN enggan bekerjasam­a dengan badan induk bola sepak negara itu. - Bernama

“Jika tidak boleh lahirkan pemain muda yang berbakat, ia bermaksud pihak saya (Kementeria­n Belia dan Sukan) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah gagal. ” SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN Menteri Belia dan Sukan

 ??  ?? SYED Saddiq (tengah) menyaksika­n Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Persefaham­an (MoU) antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang diwakili oleh Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Norza Zakaria (dua, kanan) dan Ehime Japan yang...
SYED Saddiq (tengah) menyaksika­n Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Persefaham­an (MoU) antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang diwakili oleh Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Norza Zakaria (dua, kanan) dan Ehime Japan yang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia