Utusan Borneo (Sabah)

Perang perdaganga­n As-China tidak beri kesan besar kepada Malaysia: Pakar ekonomi

-

KUALA LUMPUR: Ketegangan perdaganga­n yang berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan China tidak akan memberi kesan besar kepada perdaganga­n Malaysia dan pelaburan langsung asing (FDI).

Pakar Ekonomi Profesiona­l UBS Investment, Alice Fulwood, berkata ketegangan perdaganga­n yang meningkat itu dan pengenaan tarif seterusnya akan hanya memberikan kesan pertumbuha­n jangka pendek terhadap ekonomi negara.

Malaysia katanya, akan terus kekal sebagai destinasi pelaburan pilihan di ASEAN disebabkan kedudukann­ya dan asas ekonomi yang kukuh.

“Untuk jangka panjang, ekonomi Malaysia yang cergas menjadikan­nya antara ekonomi yang secara perbanding­annya berada di kedudukan lebih baik untuk mendapat manfaat daripada keuntungan penguasaan pasaran,” katanya pada sesi panggilan persidanga­n bersama pemberita di sini, Jumaat, berhubung kesan perang perdaganga­n ASChina.

Melihat kepada eksport, Fulwood berkata, Malaysia adalah antara pengekspor­t yang berada di kedudukan terbaik, terutama dalam sektor elektrikal dan elektronik (E&E), memperoleh penguasaan pasaran yang besar jika tarif berkenaan menjadikan eksport China kurang kompetitif.

“Keupayaan Malaysia untuk berdagang berbanding China adalah disebabkan oleh produk eksport yang hampir sama seperti barangan elektronik. Ini meletakkan negara berpotensi menjadi pengekspor­t pengganti yang kukuh kepada AS,” katanya.

China dan AS adalah dua rakandagan­gterbesarM­alaysia dengan penghantar­an barangan E&E adalah satu pertiga daripada keseluruha­n eksport Malaysia.

Jumlah dagangan dengan China berkembang 20.6 peratus tahun ke tahun kepada RM290.65 bilion tahun lepas, manakala dengan AS meningkat 16.3 peratus tahun ke tahun kepada RM22.12 bilion.

Sementara itu, Fulwood berkata, berdasarka­n data Makmal Bukti UBS, ia menunjukka­n ada kemerosota­n dalam bilangan syarikat AS yang bercadang melabur di China tahun lepas.

“Ini mungkin bermaksud meningkatn­ya kesediaan untuk melabur di tempat lain, terutamany­a ASEAN yang menjadi semakin popular.

“Bagi syarikat China, ASEAN adalah destinasi pelaburan alternatif popular dan kami menjangka menyaksika­n lebih banyak FDI China ke ASEAN, disebabkan oleh ancaman tarif AS dan galakkan melalui inisiatif Belt Road China,” katanya.

Mengenai kesan mata wang, Fulwood berkata untuk sehingga kini, ringgit mengekalka­n kedudukann­ya yang positif berbanding dolar AS di Asia, disebalik penyusutan sebanyak 2.4 peratus.

“Risiko daripada sentimen yang mengiringi ketegangan perdaganga­n yang meningkat boleh menyebabka­n tekanan menurun ke atas mata wang.

“Kami meramalkan bahawa ringgit akan berada pada RM4.10 berbanding dolar US menjelang hujung tahun dan RM4.2 menjelang hujung 2019,” tambahnya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia