Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Memperkasa Hari Wanita Sandakan 15-16 September

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Lebih 1,000 wanita dijangka hadir pada Karnival Memperkasa Hari Wanita Sandakan 2018 yang akan berlangsun­g di Piazza Harbour Mall di sini pada 15 dan 16 September depan.

Karnival dua hari itu merupakan anjuran bersama IKSnita, Pertubuhan Usahawan Wanita Gemilang (PUWG) Sandakan dan Ratu Entertainm­ent.

Pengerusi PUWG Sandakan Rojita Sapri berkata pelbagai aktiviti diadakan sempena karnival itu yang julung kali diadakan di daerah ini oleh pertubuhan bukan kerajaan.

“Antara pengisian program termasuk karnival jualan produk, permainan keluarga,ceramahdan­dialog mengenai hak-hak wanita, larian (Padang Bandaran Sandakan), zumba, peraduan mewarna kanakkanak dan sebagainya,” katanya.

Selain itu, beliau berkata satu makan malam gala juga akan diadakan pada malam 15 September di Hotel Four Points oleh Sheraton Sandakan di mana, pelbagai acara juga akan diadakan seperti persembaha­n tarian, cabutan bertuah, penyampaia­n Anugerah Ikon Wanita serta pertanding­an Ratu Etnik.

Sementara itu, Presiden Ratu Entertainm­ent Sanjana Awang Zainal berkata, karnival bertujuan memartabat­kan golongan wanita dalam pelbagai bidang selain memberi peluang kepada mereka untuk bersaing secara sihat.

Selain itu, penganjura­n ceramahdan­dialogmeng­enai hak-hak wanita juga memberi ilmu pengetahua­n dan secara tidak langsung boleh membantu atau menjadi rujukan bagi wanita yang mempunyai masalah.

“Sehubungan itu, pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan wanita dari daerah ini, Kinabatang­an, Beluran dan Telupid untuk sama-sama menyokong dan memeriahka­n karnival berkenaan,” katanya.

 ??  ?? SANJANA (duduk, kiri) dan Rojita (duduk, kanan) bersama ahli jawatankua­sa masing-masing yang bakal menjayakan Karnival Memperkasa Hari Wanita Sandakan 2018.
SANJANA (duduk, kiri) dan Rojita (duduk, kanan) bersama ahli jawatankua­sa masing-masing yang bakal menjayakan Karnival Memperkasa Hari Wanita Sandakan 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia