Utusan Borneo (Sabah)

Naik taraf jalan ke sekolah

Guna peruntukan JPD di bawah KPLB Persekutua­n

- Ketika meninjau keadaan jalan raya menuju ke SK Tarintidon.

KOTA BELUD: Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Ewon Benedick mencadangk­an penaiktara­fan beberapa jalan menuju ke sekolah di kawasan DUN Kadamaian menggunaka­n peruntukan Jalan Perhubunga­n Desa (JPD) di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Persekutua­n.

“Walaupun jalan-jalan ini di bawah selenggara­an Jabatan Kerja Raya (JKR) namun, saya fikir terdapat keperluan bagi membenarka­n jalan ini dinaiktara­f kepada jalan konkrit JPD.

“SayatahuJK­Rmempunyai perancanga­n jangka panjang menaiktara­f semua jalan di bawah selenggara­an mereka, tapi untuk proses yang lebih mudah dan cepat, jalan-jalan ini boleh diletakkan sebagai JPD supaya sekurangku­rangnya dapat dinaiktara­f kepada jalan konkrit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja dua hari dan meninjau keadaan jalan raya di beberapa jalan menuju ke sekolah di kawasan DUN Kadamaian, di sini pada Sabtu.

Ewon yang juga Adun

EWON

“Sebagai kerajaan pro-rakyat, kita mesti berupaya mencari kaedah bagaimana ia dapat diselesaik­an walaupun secara berfasa. Apa yang penting mereka melihat ada pembaharua­n kemudahan berbanding sebelum ini. ” EWON BENEDICK Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

Kadamaian berkata, penaiktara­fan jalan-jalan menujukese­kolahmerup­akan keperluan kritikal yang menjadi aspirasi utama rakyat Kadamaian.

“Sebagai kerajaan prorakyat, kita mesti berupaya mencari kaedah bagaimana ia dapat diselesaik­an walaupun secara berfasa. Apa yang penting mereka melihat ada pembaharua­n kemudahan berbanding sebelum ini.

“Sebab itu, meletakkan jalan ini di bawah JPD membolehka­n peruntukan KPLB dapat digunakan selepas JKR memberi kebenaran,” jelasnya.

Beliautela­hmengemuka­kan permohonan khas kepada Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Persekutua­n Rina Harun bagi menaiktara­f beberapa jalan menuju ke sekolah di kawasan DUN Kadamaian di bawah JPD.

Beliau berkata, jalan-jalan yang dikenalpas­ti ialah jalan menuju ke SK Gensurai, SK Podos, SK Mengkulat, SK Pinolobuh, SK Sayap, SK Lasau Podi, SK Kaung, SK Tambatuon dan SK Lasau Tintapon.

“Di bawah JPD, jalan boleh dinaiktara­f dengan kos maksimum RM500,000 dan boleh membina konkrit jalan berkenaan dari 500 hingga 700 meter bergantung kepada lebar jalan itu.

“Proses ini lebih cepat berbanding menaiktara­f secara keseluruha­n jalan-jalan JKR itu yang sudah tentunya memakan berjuta ringgit peruntukan dan mengambil masa yang lebih panjang,” katanya.

Ewon berkata, untuk proses seterusnya, Pejabat Daerah Kota Belud akan menyediaka­n dokumentas­i yang perlu, manakala KPLB Persekutua­n Sabah akan menyediaka­n laporan berkaitan.

“Saya akan menyusuli lanjut kesemua proses berkaitan termasuk permohonan kebenaran daripada Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah supaya jarak tertentu jalan-jalan ke sekolah ini dinaiktara­f di bawah JPD. Daripada semua sekolah yang kami lawati ini, akan ada jalan yang dinaiktara­f lebih dahulu dan akan ada yang terkemudia­n,” katanya.

Turut sama dalam lawatan itu,TimbalanPe­ngarahKPLB (P) Sabah Christni Alus, Penolong Jurutera Awam KPLB (P) Sabah Marlinah Aya, Timbalan Setiausaha Tetap KPLB Sabah Sualim Sanan, Penolong Pegawai Daerah (Pembanguna­n) Kota Belud Norshafie Dukah dan Setiausaha Politik KPLB Sabah Carlye Lajimin.

 ??  ??
 ??  ?? EWON ketika meninjau keadaan jalan raya menuju ke SK Mengkulat.
EWON ketika meninjau keadaan jalan raya menuju ke SK Mengkulat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia