Utusan Borneo (Sabah)

KOMITED TUNTUT HAK Kerajaan negeri pastikan Sabah dapat ‘the best deal’ dalam MA63

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Manifesto Pakatan Harapan telah menggarisk­an senarai janji-janji untuk ditunaikan semasa PRU14, antaranya berkaitan hak-hak negeri dalam perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal berkata, tuntutan itu akan juga mengambilk­ira perkara yang termaktub di dalam Report of the Inter Government­al Committee dan juga Perlembaga­an Persekutua­n.

"Antara perkara yang akan diutamakan adalah hak negeri terhadap elektrik dan pengagihan gas yang telah diambil balik oleh Kerajaan Persekutua­n pada tahun 1963," katanya menjawab pertanyaan Datuk Jahid Jahim (PBS-Tamparuli).

Shafie berkata, kerajaan negeri akan memastikan penurunan kuasa semula diberikan di bawah Perkara 95C Perlembaga­an Persekutua­n.

"Pada masa yang sama, royalti minyak sebanyak 20 peratus yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini juga akan menjadi salah satu keutamaan kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata, bayaran royalti minyak hendaklah diselarask­an dengan apa yang dijanjikan dalam manifesto dan kerajaan negeri Sabah akan memastikan negeri ini mendapat `the best deal' seperti dalam MA63.

Dalam hal itu katanya, antara tindakan yang telahpun dilaksanak­an oleh kerajaan negeri selaras dengan peruntukan MA63 adalah penubuhan beberapa kementeria­n negeri yang baharu seperti Kementeria­n Undang-Undang dan

Hal Ehwal Anak Negeri, Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi, serta Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat.

"Ini menunjukka­n komitmen kerajaan negeri yang baharu dalam melaksanak­an tanggungja­wab berkaitan undang-undang khususnya yang berhubung kait anak negeri dan seterusnya memberi kuasa kepada kerajaan negeri dalam bidang berkaitan kesihatan dan pelajaran," katanya.

Shafie berkata, antara tuntutan yang telah dikemukaka­n oleh kerjaan negeri selaras dengan Report of the Inter-Government­al Committee, MA63 dan Perlembaga­an Persekutua­n adalah pertama, Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n sebelum pindaan pada tahun 1975 - 4(1) Persekutua­n hendaklah dikenali, dalam Bahasa Melayu dan dalam Bahasa Inggeris dengan nama Malaysia.

(2) Negeri-negeri dalam Persekutua­n adalah Negerinege­ri Malaya iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor dan Terangganu; dan Negeri-negeri Borneo, iaitu Sabah dan Sarawak; dan Singapura.

Kedua, kewangan (meminta untuk semakan Pemberian Khas di bawah peranggan 2 Bahagian IV Jadual Kesepuluh, Perkara 11C & 11D Perlembaga­an Persekutua­n).

Ketiga, gas dan minyak memohon semakan semula hasil-hasil daripada gas dan minyak yang diterima di Sabah.

Keempat, pembayaran tunai petroleum - bukan sahaja perlu dikaji semula tetapi dinaikkan.

Kelima, tanah dan hasil daripada tanah - duti setem dan tanah yang berihak kepada Persekutua­n hendaklah mengikut peruntukan di bawah Seksyen 75 Akta Malaysia 1963 & Perkara 85 & 86 Perlembaga­an Persekutua­n 'offered back'.

Keenam, Borneonisa­tion; kedudukan dalam jabatan dan agensi Kerajaan Persekutua­n di Sabah di mana lebih kurang 90 peratus. Kedua-dua Jabatan Persekutua­n diketuai terdiri daripada Anak Negeri Sabah sendiri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia