Utusan Borneo (Sabah)

Persekitar­an bersih wujud kehidupan kondusif

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Rakyat perlu diberikan pendidikan berterusan mengenai kepentinga­n persekitar­an bersih bagi mewujudkan suasana kehidupan kondusif.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata, sekiranya semua rakyat mempunyai tanggungja­wab terhadap kebersihan, Sabah sudah pasti tidak berhadapan masalah pelupusan sisa pepejal atau sampah.

"Sampah datang daripada manusia itu sendiri, oleh itu pendidikan mengenai menjaga kebersihan sangat penting.

"Walaupun langkahlan­gkah terbaik diambil dari segi sistem pelupusan sampah namun, sampah semakin bertambah," katanya pada sidang media selepas sesi soal jawab di Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, sistem pengurusan makanan juga perlu diutamakan memandangk­an pembaziran bahan itu boleh menyebabka­n bau busuk sekiranya dibuang merata tempat.

Katanya, satu kaedah pendidikan terbaik perlu ditekankan dalam usaha bersama untuk menguruska­n perkara itu.

"Kes denggi kini tertumpu di bandar yang berpunca daripada jumlah setinggan yang tidak dapat dikawal.

"Kita juga tidak dapat bekalkan tong sampah kepada contohnya lebih 3,000 setinggan di sini, kalau setiap rumah kita bekalkan, ia sudah tentu memerlukan kos tinggi untuk dibelanjak­an," katanya.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, menjaga persekitar­an bersih perlu bermula dari sikap masing-masing, perlu mempunyai tanggungja­wab dan beri kerjasama kepada kerajaan agar bersama-sama menjaga kebersihan.

"Tidak adil sekiranya kita membuang sampah dan orang lain memungutny­a," katanya.

 ??  ?? TIMBALAN Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Jaujan Haji Sambakong bersalaman dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal ketika persidanga­n DUN pada Isnin. Turut kelihatan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Christina Liew (tengah).
TIMBALAN Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Jaujan Haji Sambakong bersalaman dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal ketika persidanga­n DUN pada Isnin. Turut kelihatan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Christina Liew (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia