Utusan Borneo (Sabah)

Tiga kenderaan, sebuah motosikal terbakar

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Tiga kenderaan dan sebuah motosikal yang diparkir musnah terbakar dalam kejadian awal pagi Isnin di Bandar Letat, Batu 3 di sini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Sandakan Anddre Andrew berkata dalam kejadian itu, ketiga-tiga kenderaan dan motosikal berkenaan diparkir di hadapan sebuah kedai runcit.

Katanya sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 4.04 pagi, sepasukan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan diketuai PBK II Japar Hamzah digegaskan ke lokasi menggunaka­n dua jentera FRT dan EMRS.

“Kebakaran bermula di bahagian tengah kenderaan (Proton Gen 2) serta merebak ke kereta sebelah kiri (Proton Iswara) dan kanan (Proton Saga) seterusnya merebak ke sebuah motosikal di bahagian kanan,” katanya.

Anddre berkata operasi memadam kebakaran bermula pada jam 4.10 pagi dan selesai jam 4.28 pagi.

Menurutnya tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

Anggaran kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihaknya.

 ??  ?? KEADAAN dua daripada tiga kenderaan yang terbakar dalam kejadian itu.
KEADAAN dua daripada tiga kenderaan yang terbakar dalam kejadian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia