Utusan Borneo (Sabah)

Warga asing positif dadah ditahan Maritim Malaysia

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Seramai empat warga asing didapati positif dadah selepas bot nelayan yang digunakan suspek ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan Kepten Maritim Asmawati Mohd Tujeri berkata, tangkapan terbabit dibuat di 0.23 batu nautika timur Munongtoro­ng Karambunai, di sini.

Katanya, semasa pemeriksaa­n, keempatemp­at suspek dalam keadaan khayal akibat mengambil dadah.

“Terdapat lapan kru di dalam bot nelayan berkenaan dan hanya tiga yang memiliki dokumen pengenalan diri sah.

“Lima lagi hanya membuat akuan mulut sebagai warga asing termasukla­h empat warga Filipina dan seorang lagi Indonesia,” katanya dalam kenyatan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, bot terbabit ditahan kerana disyaki melanggar Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Dadah Merbahaya 1952.

Asmawati berkata, pihaknya menyerahka­n bot berkenaan kepada pegawai penyiasat di jeti Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan untuk tindakan selanjutny­a.

 ??  ??
 ??  ?? PERALATAN yang dipercayai digunakan suspek untuk menagih dadah ditemukan di dalam bot nelayan terbabit.
PERALATAN yang dipercayai digunakan suspek untuk menagih dadah ditemukan di dalam bot nelayan terbabit.
 ??  ?? BOT nelayan yang ditahan dibawa ke jeti Maritim Negeri Sabah.
BOT nelayan yang ditahan dibawa ke jeti Maritim Negeri Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia