Utusan Borneo (Sabah)

Peruntukan diteruskan untuk badan keagamaan bukan Islam, sekolah mubaligh, persendiri­an Cina

-

KERAJAAN Negeri akan meneruskan pemberian peruntukan tahunan kepada badan-badan keagamaan bukan Islam serta sekolah mubaligh dan persendiri­an Cina di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal berkata, ia bagi meringanka­n beban kewangan dan diberikan sebagai subsidi sahaja, bukan untuk menampung sepenuhnya perbelanja­an yang diperlukan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Joniston Bangkuai (PBS-Kiulu).

Shafie berkata, pada waktu ini Kerajaan Negeri belum ada cadangan untuk menambah jumlah peruntukan bagi maksud itu tetapi akan mempertimb­angkannya di masa hadapan tertakluk kepada kedudukan kewangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia