Utusan Borneo (Sabah)

Pemantauan, persampela­n diteruskan kawal virus selesema burung

-

USAHA pemantauan dan persampela­n daripada ayam ternakan orang kampung di sekitar Tuaran masih diteruskan sebagai langkah mengawal penularan virus selesema burung.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Junz Wong berkata, sehingga kini sebanyak 29,990 ayam dan 3,500 telur telah dilupuskan.

“Jumlah itu termasukla­h telur dan ayam ternakan orang kampung dari sekitar perkampung­an yang dikenal pasti oleh pihak kementeria­n dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sebagai risiko kewujudan virus itu.

“Sehingga kini, hanya satu kes berlaku yang mana masing-masing di Kampung Kauluan dan Kg Loputung,” katanya pada sidang media selepas sesi pembentang­an Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama 2018 dalam Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15.

Beliau berkata, pemantauan d i perkampung­an lain dalam radius 5 kilometer (km) masih diteruskan dan sampel juga sudah diambil untuk kajian.

Junz juga bersimpati kepada para penternak ayam kerana terpaksa melupuskan haiwan ternakan mereka bagi mengelakka­n penularan virus itu.

“Kita akan memberikan pampasan berpatutan kepada pihak terbabit khususnya orang kampung.

“Kita tidak berniat melakukan perkara itu, tetapi terpaksa bagi mengawal keadaan,” katanya.

Junz juga tidak menafikan virus itu mungkin dibawa masuk dari negara jiran khususnya oleh individu yang terlibat dalam aktiviti sabung ayam.

Dalam pada itu, beliau juga mengumumka­n bahawa Sabah bakal mempunyai industri hiliran sarang burung walit pada masa hadapan.

Katanya, perbincang­an sudah dilakukan di peringkat kerajaaan Pusat dan membenarka­n Sabah mempunyai industri itu sendiri.

“Pada masa depan, kita mampu mengekspor­t sendiri produk ini ke China tanpa perlu melalui Semenanjun­g Malaysia kerana pusat industri hiliran ini kini tertumpu di sana.

“Dalam masa terdekat, kita akan mengadakan satu forum kepada mereka yang berminat untuk menceburi industri itu di sini,” katanya.

 ??  ?? JUNZ menunjukka­n peta lokasi kewujudan virus selesema burung ketika sidang media.
JUNZ menunjukka­n peta lokasi kewujudan virus selesema burung ketika sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia