Utusan Borneo (Sabah)

Cuba rogol jiran: Lelaki warga asing dipenjara 9 tahun, sebat

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan satu sebat oleh Mahkamah Sesyen, di sini pada Isnin, setelah mengaku bersalah atas tuduhan cuba merogol isteri jiran berusia 40 tahun.

Mahkamah turut memerintah­kan Sulaiman Ismail, 44, warga Filipina, dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran sebaik selesai menjalani hukuman penjara.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Ainul Shahrin Mohamad setelah tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama, yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu jam 2.30 pagi pada 7 Ogos lepas di sebuah rumah berhampira­n Jalan Nountun, Inanam, di sini ketika mangsa sedang tidur.

Mangsa cuba melawan dan menendang kaki tertuduh untuk meminta pertolonga­n daripada suaminya yang berhampira­n dengan lokasi kejadian, namun tertuduh sempat melarikan diri.

Sebelum dijatuhkan hukuman, tertuduh meminta hukuman ringan dikenakan, bagaimanap­un Timbalan Pendakwara­ya Rustam Sanip meminta mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal atas faktor keseriusan kesalahan itu yang kini semakin berleluasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia