Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas didenda RM7,000 pandu cuai sebabkan kematian seorang wanita

-

PETALING JAYA: Seorang warga emas dijatuhi hukuman denda RM7,000 oleh Mahkamah Trafik di sini, Isnin atas pertuduhan memandu dengan cuai sehingga menyebabka­n kematian seorang wanita, dua tahun lalu.

Majistret Mohd Ikhwan Mohd Nasir menjatuhka­n hukuman itu terhadap Cheong Chee Weng, 67, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktika­n keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh dipenjara lapan bulan sekiranya denda gagal dibayar selain merekodkan kesalahan itu di dalam lesen memandunya.

Lelaki itu didakwa telah memandu sebuah kereta dengan cara berbahaya sehingga menyebabka­n kematian Hasnor Balkis, 30, di Persiaran Teknologi Subang, di persimpang­an masuk Jalan Delima dari arah Batu Tiga menghala ke USJ, di sini, pada 8.40 pagi, 10 Ogos 2016.

Pendakwaan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang memperuntu­kkan denda maksimum RM10,000 dan boleh dihukum penjara 12 bulan.Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia