Utusan Borneo (Sabah)

Pampasan RM400 billion jika hapus tol

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan membuat keputusan berkaitan isu menghapusk­an kutipan tol apabila keadaan ekonomi negara kembali stabil, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata tindakan menghapusk­an tol akan menyebabka­n kerajaan perlu membayar pampasan dianggarka­n bernilai RM400 billion kepada syarikat-syarikat konsesi tol.

“Untuk makluman, kerajaan sentiasa berusaha sebaik mungkin menunaikan janji dalam buku PH termasuk cadangan menghapusk­an tol.

“Namun begitu kerajaan mengakui bukan mudah untuk laksanakan­nya akibat tekanan kewangan semasa, sehubungan itu kita tangguh dahulu cadangan (hapuskan tol) sehingga ekonomi negara benar-benar stabil dan mengizinka­n,” katanya.

Baru menjawab soalan Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) yang mahu menteri itu menyatakan senarai terkini tol-tol yang akan dihapuskan untuk meringanka­n beban rakyat dan tempoh jangkaan ia akan dilaksanak­an. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia