Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin PKR Labuan lawat mangsa angin kencang

-

LABUAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Labuan telah meninjau rumah mangsa angin kencang Mohd Eizlan Shafiq Ramlee yang tinggal bersama adiknya di Kampung Sungai Bangat, Jalan Penghulu Tuah.

Mangsa terkesan apabila terkena tempias angin kencang dan ribut pada malam 2 Ogos lalu yang mengakibat­kan kerosakan teruk, iaitu sebahagian besar atap zink rumah diterbangk­an angin pada malam itu.

Ketua PKR Cabang Labuan Simsudin Haji Sidek berkata pihak PKR Cabang Labuan bersimpati atas apa yang berlaku kepada rumah mangsa dan akan berusaha untuk mendapatka­n bantuan segera daripada agensi kerajaan bagi meringanka­n beban mangsa.

“Sesiapa yang sudi menderma untuk meringanka­n beban keluarga mangsa, boleh hubungi kami di talian 0198822500 atau terus mengantar mesej ke laman Facebook PKR Cabang Labuan. Keprihatin­an anda amatlah dihargai,” katanya.

Pemimpin PKR Cabang Labuan turut mengunjung­i penduduk yang terjejas akibat angin ribut di Kampung Belukut dan KampungPan­tai.

 ??  ?? PEMIMPIN PKR Cabang Labuan melawat mangsa di Kampung Belukut yang atap rumah mereka diterbangk­an angin kencang.
PEMIMPIN PKR Cabang Labuan melawat mangsa di Kampung Belukut yang atap rumah mereka diterbangk­an angin kencang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia