Utusan Borneo (Sabah)

Hospis terbakar di Taiwan, 9 maut Seramai 15 lagi tercedera, punca kebakaran pada awal pagi itu masih dalam siasatan

-

TAIPEI: Sembilan orang terkorban dan 15 lagi tercedera dalam satu kebakaran yang berlaku pada awal pagi semalam di sebuah hospis untuk pesakit tenat berhampira­n dengan ibu negara Taipei di Taiwan, kata pihak bomba.

Kesemua 36 orang di dalamnya, termasuk tiga kakitangan, sudah dipindahka­n selepas kebakaran bermula di hospis di tingkat tujuh di dalam sebuah hospital sembilan tingkat di bandar New Taipei.

Seramai 16 orang mengalami masalah serangan kardiak dan tujuh lagi telah dihidupkan kembali.

Sembilan orang meninggal dunia dengan punca kematian yang diberikan adalah akibat menghidu asap berlebihan, kata jabatan bomba tempatan.

Ketua Jabatan bomba New Taipei Huang Te-ching menyatakan punca kebakaran masih dalam siasatan dan menafikan laporan bahawa sistem pemercik air tidak berfungsi.

“Alat pemercik telah terpasang namun terdapat sedikit jarak di antara lokasinya dengan di mana kebakaran itu bermula maka api itu tidak dapat dipadamkan dengan segera,” beliau memberitah­u wartawan.

Rakaman CCTV dalam media tempatan menunjukka­n kakitangan bergegas di koridor hospis, mendukung pesakit keluar atau menggunaka­n kerusi roda bagi mengeluark­an mereka selepas kebakaran berlaku.

Mereka yang tercedera telah segera dihantar ke beberapa hospital berhampira­n.

Seramai 15 orang yang tercedera masih berada di hospital, dengan 11 disenaraik­an berada dalam keadaan serius.

Media tempatan memetik beberapa ahli keluarga pesakit menyatakan mereka telah mendengar satu letupan dan mengesyaki bahawa sebuah tangki oksigen mungkin telah meletup, menyebabka­n kebakaran. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? Anggota media berkumpul di luar tingkap yang hangus (atas) yang dilihat di sebuah hospital selepas kebakaran di tingkat tujuh bangunan itu di New Taipe, Isnin.
— Gambar AFP Anggota media berkumpul di luar tingkap yang hangus (atas) yang dilihat di sebuah hospital selepas kebakaran di tingkat tujuh bangunan itu di New Taipe, Isnin.
 ?? — Gambar AFP ?? GAMBARsera­hanagensib­erita Taiwan, CNA Photo, semalam menunjukka­n pesakit dan kakitangan perubatan di pintu masuk ke hospital selepas kebakaran di tingkat tujuh bangunan itu di New Taipei, Taiwan.
— Gambar AFP GAMBARsera­hanagensib­erita Taiwan, CNA Photo, semalam menunjukka­n pesakit dan kakitangan perubatan di pintu masuk ke hospital selepas kebakaran di tingkat tujuh bangunan itu di New Taipei, Taiwan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia