Utusan Borneo (Sabah)

Pesawat Seattle dicuri pekerja lapangan terbang ditemui musnah

-

SEATTLE: Penyiasat Amerika Syarikat (AS) kelmarin menemui sebuah pesawat penumpang Horizon Air yang dicuri oleh seorang pekerja lapangan terbang Seattle yang bermasalah telah pecah kepada beberapa bahagian di sebuah pulau yang tidak mempunyai ramai penduduk ketika keluargany­a memberi reaksi dengan “perasaan sangat terkejut,” lapor CNN.

Selepas terjatuh di antara beberapa barisan pokok seluas 100 kaki, pesawat Bombardier Q400 telah pecah kepada beberapa bahagian yang kecil untuk dikutip dengan tangan sahaja, kata ketua Wilayah Pasifik Barat bagi Lembaga Keselamata­n Pengangkut­an Negara (NTSB) Debra Eckrote.

“Kamu malah tidak dapat menyatakan ia adalah sebuah kapal terbang kecuali bagi sebahagian daripada bahagian yang lebih besar, seperti bahagian sayap,” menurut Eckrote. “Malah bahagian yang kecil, kebanyakan daripadany­a tidak menyerupai sebuah pesawat.”

Dua jet pejuang F-15 telah mengejar pesawat dua enjin berkuasa turbo yang dirampas oleh Richard Russell.

Sepanjang masa dia berada di udara, Russell telah menerbangk­an pesawat dalam satu pusingan – aksi yang telah dirakamkan di dalam video oleh seorang orang awam yang terkejut melihatnya – kemudian menjunamka­n ia ke arah Ketron Island di Puget Sound.

Pihak berkuasa menolak sebarang kaitan dengan keganasan, dan menentukan Russell telah menerbangk­an ia bersendiri­an. Tiada sesiapa selain Russell tercedera, dan jet pejuang F-15 tidak menembak jatuh pesawat tersebut, kata pihak berkuasa.

Syerif tempatan berkata Russell, dikenali sebagai “Beebo,” “berniat membunuh diri” ketika dia melarikan sebuah pesawat penumpang yang kosong dari lapangan terbang utama Seattlepad­a lewat Jumaat lepas. Rakan sekerjanya mengingati dia sebagai seorang yang “pendiam” dan “sangat peramah”.

Penyiasat NTSB dijangka akan menganalis­a perakam data penerbanga­n yang ditemui bagi sebarang petunjuk pada minggu depan.

Keluarga Russell menyatakan insiden itu muncul sebagai “satu kejutan bagi kami”.

“Ia kelihatan sangat sukar bagi mereka yang melihat di rumah untuk mempercaya­i, namun Beebo adalah seorang lelaki yang baik dan penyayang,” menurut keluarga itu dalam satu kenyataan.

Kami berasa “terkejut dan kecewa” dengan insiden tersebut, tambah keluarga itu.

“Dia seorang suami yang setia, seorang anak lelaki yang penyayang dan seorang sahabat yang baik.”

Tugas Russell di Horizon, sebuah syarikat cawangan Alaska Airlines di mana dia bekerja sejak 2015, melibatkan menunda pesawat, memunggah dan menyimpan kargo dan bagasi, serta membersihk­an pesawat, kata pihak berkuasa. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PESAWAT Air Alaska diihat di tarmak di sebuah terminal selepas insiden seorang pekerja lapangan terbang melarikan sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Seattle-Tacoma di Seattle, Washington pada 10 Ogos lalu.
— Gambar Reuters PESAWAT Air Alaska diihat di tarmak di sebuah terminal selepas insiden seorang pekerja lapangan terbang melarikan sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Seattle-Tacoma di Seattle, Washington pada 10 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia