Utusan Borneo (Sabah)

Kebakaran besar paksa evakuasi di pulau Evia, Greece

-

Satu kebakaran besar berlaku kelmarin di pulau Evia di Greece berhampira­n dengan Athens, kata pihak kerajaan, dengan dua kampung telah dikosongka­n, kurang dari sebulan selepas lebih 90 orang terkorban dalam kebakaran hutan paling teruk di Greece.

“Perdana menteri sering berhubung dengan menteri dalam negeri berkenaan dengan kebakaran besar di Evia,” menurut pejabat Perdana Menteri Alexis Tsipras.

Menteri Pertanian Vangelis Apostolou, yang berada di tempat kejadian, memberitah­u agensi negara ANA bahawa pasukan yang memadamkan kebakaran sedang berdepan satu usaha sepanjang malam.

“Pasukan dari seluruh wilayah telah dipindahka­n ke sini,” kata Apostolou.

Kira-kira 500 orang di kampung tempatan Kontodespo­ti dan Stavros telah dipindahka­n lebih awal sebagai langkah berjagajag­a.

Kira-kira 250 anggota bomba dengan 62 kenderaan bomba dibantu oleh pasukan tentera yang beroperasi di kawasan tersebut, kira-kira 92 kilometer di utara Athens, menurut pihak berkuasa.

Greece yag masih lagi berkabung untuk 94 kematian akibat kebakaran hutan yang melanda pusat peranginan pantai Mati berhampira­n dengan Athens pada 23 Julai. Lebih 30 masih berada hospital, beberapa orang dalam keadaan kritikal.

Kemelut kebakaran terburuk di negara itu mendorong peletakan jawatan atau pemecatan beberapa ketua di jabatan polis dan bomba, sebagai tambahan kepada menteri yang bertanggun­gjawab bagi keselamata­n negara. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? ANGGOTA bomba memantau kebakaran hutan berhampira­n dengan kampung Psahna, di pulau Evi, Isnin.
— Gambar Reuters ANGGOTA bomba memantau kebakaran hutan berhampira­n dengan kampung Psahna, di pulau Evi, Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia