Utusan Borneo (Sabah)

Perlawanan persahabat­an Sawit Kinabalu East Region dan West Region

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Para kakitangan Kumpulan Sawit Kinabalu mengadakan perlawanan bola sepak antara East Region dan West Region bertempat di Kompleks Sukan Sandakan.

Perlawanan persahabat­an dibuat bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan ke-28 Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu Berhad (KKSKSB). Memandangk­an kebanyakan ahli KKSKSB adalah kakitangan yang masih bertugas di Sawit Kinabalu, sudah pasti ramai yang datang untuk hadir dalam perlawanan itu.

Pada perlawanan yang penuh dramatik dan sengit, Sawit East Region berjaya membolosi gawang gol West Region sebanyak enam gol berbalas dua.

Corak bertahan yang dipamerkan oleh West Region diketuai oleh Kapten Pasukan Masdar Mahmud, tidak dapat mengekang serangan bertali arus daripada East Region yang diketuai oleh Kapten Pasukan Victor Ationg.

Perlawanan bola sepak akan diteruskan pada masa akan datang untuk mengeratka­n silaturahi­m dalam kalangan kakitangan Sawit Kinabalu serta melahirkan budaya hidup sihat dan cergas.

 ??  ?? PASUKAN East Region (jersi merah) dan pasukan West Region (jersi oren) bergambar bersama sebelum perlawanan bermula.
PASUKAN East Region (jersi merah) dan pasukan West Region (jersi oren) bergambar bersama sebelum perlawanan bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia