Utusan Borneo (Sabah)

The Pocket Rocketman tekad bawa pulang pingat emas

-

SERI KEMBANGAN: Jaguh lumba basikal negara Azizulhasn­i Awang optimis beliau mampu menunjukka­n prestasi terbaik untuk merangkul pingat emas pada temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang dari 18 Ogos hingga 2 September ini.

Meskipun mengakui terganggu dengan kontrovers­i perselisih­an faham antara beliau dan Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), namun pelumba itu tetap positif yang beliau mampu menampilka­n kayuhan cemerlang dalam tiga acara yang disertai nanti.

“Motivasi saya adalah untuk membawa pulang pingat emas, saya akan ambil bahagian dalam acara pecut berpasukan, keirin dan pecut (acara individu). Saya harap dapat pingat emas dalam satu daripada acara individu. Kalau dapat dua itu bonus.

“Tapi saya mahu fokus dengan satu pingat emas terlebih dahulu. Pada waktu ini boleh dikatakan prestasi saya berada pada tahap terbaik, saya harap tiada apa-apa masalah lain, seperti gangguan daripada luar atau dalam, masalah kesihatan dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pada acara kayuhan Maju Expressway (MEX Ride 2018) di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seri Kembangan di sini.

Pelumba berusia 30 tahun itu menerusi akaun Instagramn­ya @azizulawan­gofficial, baru-baru ini melahirkan rasa kecewa terhadap kenyataan Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abdul Wahab dan artikel sebuah akhbar tempatan bertajuk, ‘Azizulhasn­i sukar ke Olimpik 2020’ dan ‘Misi Menyelamat­kan Azizulhasn­i’.

Pelumba yang terkenal dengan jolokan “The Pocket Rocketman” itu sebelum ini meraih dua pingat emas dalam acara pecut dan keirin pada kejohanan Piala Trek China 2018 di Taiyuan, China pada Julai.

Jelasnya, biarpun meraih dua pingat emas di kejohanan berprestij itu, prestasiny­a belum sampai pada tahap kemuncak dan beliau yakin boleh tingkatkan kelajuan kayuhan di Sukan Asia nanti.

“Pada kejohanan sebelum ini, saya belum lagi ‘peak’. Selepas pulang ke Malaysia, saya fokus tingkatkan fasa kelajuan ketika latihan, nampak lebih banyak peningkata­n dalam tempoh dua hingga tiga minggu ini.

“Saya berharap dapat berada pada tahap prestasi terbaik di sana,” kata Azizulhasn­i yang pernah merangkul pingat emas di Sukan Asia Guangzhou, China pada 2010 dalam acara keirin.

Sementara itu, hampir 2,000 peserta mengambil bahagian dalam acara Kayuhan Maju Expressway 2018 yang turut disertai Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah dan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Kayuhan itu turut disertai atlet berbasikal kebangsaan yang mengambil bahagian dalam acara ujian masa berpasukan 45 kilometer. — Bernama

 ??  ?? AZIZULHASN­I
AZIZULHASN­I

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia