Utusan Borneo (Sabah)

480 peserta menyertai jogathon PIBG SMK Sungai Paoh

-

SARIKEI: Seramai 480 peserta terdiri pelajar, guruguru, kakitangan sekolah dan ibu bapa Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Paoh di sini menyertai jogathon Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itupada Isnin.

Pengetua SMK Sungai Paoh, Paul Law Nai Kung berkata terdapat enam kategori dipertandi­ngkan pada jogathon itu.

Beliau berkata, program itu bagi mengumpul dana tabung sekolah kegunaan masa akan datang.

“Selain mengeratka­n hubungan sekolah dengan semua pihak,” katanya sambil memberitah­u ia dianjurkan bersama SMK Sungai Paoh dan PIBG SMK Sungai Paoh Sarikei.

Bagi kategori lelaki pelajar tingkatan 1 hingga 3, tempat pertama dimenangi Jeral Mullie, kedua Frederick Unsong Changan dan ketiga Sarip Banyang.

Manakala kategori wanita tempat pertama Ivy Umie Thomas, kedua Claudia Fiorella James dan ketiga Elizabeth Geni Ricky.

Untuk kategori pelajar lelaki tingkatan 4 hingga 6, tempat pertama Richmond Tawie Edward, kedua Wat Baling Mongkoi dan ketiga Augustine Bunyau.

Manakala untuk kategori wanita, juara milik Agelina Abby, naib juara Sylvia Mina dan ketiga Mundat Kiong.

Bagi kategori terbuka lelaki pula, tempat pertama Muhafizar Sabeki, kedua Ngadan Unau dan ketiga Chiong Chou Kui.

Sementara itu bagi kategori wanita terbuka, tempat pertama dimenangi Diandra Ambas, kedua Lennymia Niwin dan ketiga Sanga Banyian.

Semua pemenang menerima hadiah berupa hamper, pingat dan sijil penyertaan.

 ??  ?? PESERTA Jogathon PIBG SMK Sungai Paoh Sarikei bersedia memulakan larian.
PESERTA Jogathon PIBG SMK Sungai Paoh Sarikei bersedia memulakan larian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia