Utusan Borneo (Sabah)

Pique sahkan akhiri karier antarabang­sa

-

BARCELONA, Sepanyol: Pemain pertahanan tengah antarabang­sa Sepanyol, Gerard Pique, mengesahka­n beliau akan mengakhiri karier antarabang­sa Sabtu lepas dengan berkata bahawa walaupun pelantikan bekas jurulatihn­ya di Barcelona, Luis Enrique, tidak akan mengubah fikirannya.

Pemain berusia 31 tahun itu membuat penampilan terakhir dari 102 penampilan bersama Sepanyol ketika tewas di pusingan kedua Piala Dunia 2018 kepada Rusia menerusi penentuan sepakan penalti.

Enrique dilantik sebagai jurulatih selepas Piala Dunia bulan lepas, yang menyaksika­n Fernando Hierro mengambil tugas sementara ekoran pemecatan mengejut Julen Lopetegui sehari sebelum sepak mula kejohanan.

“Saya ada bercakap dengan beliau (Enrique) seminggu dua yang lalu. Saya memberitah­u di mana saya sudah membuat keputusan,” kata Pique menjelang perlawanan Piala Super Sepanyol menentang Sevilla semalam.

Pique adalah pemain terbaharu dari skuad juara Piala Dunia yang bersara dari bola sepak antarabang­sa selepas Xavi Hernandez dan Andres Iniesta.

Gandingan cemerlang dengan Carles Puyol di posisi pertahanan tengah adalah kunci kejayaan Sepanyol memenangi Piala Dunia 2010 dan juga Euro 2012.

“Ia adalah peringkat yang hebat beraksi di Euro dan Piala Dunia,” tambah Pique.

“Saya berasa sangat gembira dengan penglibata­n saya dalam semua kejayaan pasukan tetapi sekarang saya mahu memberi fokus kepada Barca. Saya mempunyai kontrak tiga tahun lagi di kelab.” — AFP

 ??  ?? PERLAWANAN PERSAHABAT­AN: Perlawanan persahabat­an di antara Kelab Anak Samah dan Pensiangan Legend telah berlangsun­g di Kompleks Sukan Keningau pada malam Ahad lepas. Kelab Anak Samah yang diketuai oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kota Belud Fadly Haji Joanes, membariska­n bekas ketua pasukan kebangsaan Matlan Marjan dan adiknya Zainizam Marjan. Keputusan perlawanan dimenangi oleh Kelab Anak Samah dengan jaringan 5-2 menewaskan Pensiangan Legend. Gol Kelab Anak Samah dijaringka­n oleh Khairudin Mastikar (3 gol) dan Fadly (2 gol) manakala gol Pensiangan Legend dijaringka­n oleh Paulus A. (2 gol). Tujuan perlawanan persahabat­an ini bagi mengeratka­n silaturahi­m dan mengamalka­n cara hidup sihat sambil bersukan.
PERLAWANAN PERSAHABAT­AN: Perlawanan persahabat­an di antara Kelab Anak Samah dan Pensiangan Legend telah berlangsun­g di Kompleks Sukan Keningau pada malam Ahad lepas. Kelab Anak Samah yang diketuai oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kota Belud Fadly Haji Joanes, membariska­n bekas ketua pasukan kebangsaan Matlan Marjan dan adiknya Zainizam Marjan. Keputusan perlawanan dimenangi oleh Kelab Anak Samah dengan jaringan 5-2 menewaskan Pensiangan Legend. Gol Kelab Anak Samah dijaringka­n oleh Khairudin Mastikar (3 gol) dan Fadly (2 gol) manakala gol Pensiangan Legend dijaringka­n oleh Paulus A. (2 gol). Tujuan perlawanan persahabat­an ini bagi mengeratka­n silaturahi­m dan mengamalka­n cara hidup sihat sambil bersukan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia