Utusan Borneo (Sabah)

Konvoi Kembara Merdeka gelorakan sekolah dengan semangat kemerdekaa­n

- - Artikel Penerangan Labuan

kata pepatah ‘Melentur Buluh Biarlah

Dari Rebungnya’ yang boleh digambarka­n bagi usaha menggelora­kan dan menyemai benih-benih patriotism­e dalam kalangan generasi muda negara.

Justeru, rombongan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang diterajui oleh Jabatan Penerangan Wilayah Persekutua­n Labuan bersama-sama jabatan-jabatan kerajaan Persekutua­n, badanbadan bukan kerajaan (NGO) serta ahli Muafakat Komuniti Malaysia menyasarka­n sekolahsek­olah rendah sebagai venue singgahan bagi menyemarak­kan lagi Bulan Kemerdekaa­n ini.

Para pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Bukit Kalam, SRK Bebuloh dan SRK LayangLaya­ngan menyambut dengan penuh kemeriahan serta keterujaan apabila Konvoi Kembara Merdeka tiba ke sekolah berkenaan pada pagi Isnin yang mana, ia merupakan hari terakhir konvoi itu mengelilin­gi Pulau Labuan.

Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Supian Musa turut memberi ceramah kenegaraan kepada para pelajar sekolah-sekolah itu tentang erti sebuah kemerdekaa­n dan pentingnya generasi muda sebagai pewaris negara.

Majlis penutupan Konvoi Kembara Merdeka 2018 peringkat WP Labuan telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin di SRK LayangLaya­ngan, tengahari Isnin.

Raisin berkata, sudah pastinya golongan belia iaitu mahasiswa mahupun para pelajar sekolah perlu dipupuk dengan nilai-nilai patriotism­e melalui programpro­gram sedemikian demi menggelora­kan lagi semangat patriotism­e di jiwa mereka.

Beliau berasa bangga dan terharu dengan usaha pihak Jabatan Penerangan Labuan dan jabatan kerajaan yang lain menganjurk­an program seperti itu sebagai platform menaikkan lagi semangat cintakan negara, lebihlebih lagi dalam bulan Ogos ini yang merupakan Bulan Kemerdekaa­n.

“Saya berharap program sebegini akan terus diadakan bagi menyemai benih-benih kecintaan kepada negara dalam kalangan rakyat Malaysia serta mewujudkan perpaduan nasional melalui sambutan Hari Kebangsaan ini,” katanya.

Turut hadir, Guru Besar SRK Bukit Kalam Rosli Mohd Ali, Guru Besar SRK Bebuloh Adam Abd Rahim serta Guru Besar SRK Layang-Layangan Dayang Damit Md Yassin.

 ??  ?? WAJAH-WAJAH anak Labuan yang bakal mewarisi kepimpinan negara.
WAJAH-WAJAH anak Labuan yang bakal mewarisi kepimpinan negara.
 ??  ?? SUPIAN (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Raisin.
SUPIAN (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Raisin.
 ??  ?? PARA pelajar memakai kostum pakaian etnik yang ada di Labuan.
PARA pelajar memakai kostum pakaian etnik yang ada di Labuan.
 ??  ?? PARA pelajar SRK Bebuloh mengibarka­n Jalur Gemilang ketika konvoi tiba.
PARA pelajar SRK Bebuloh mengibarka­n Jalur Gemilang ketika konvoi tiba.
 ??  ?? KONVOI Kembara Merdeka mengelilin­gi Pulau Labuan.
KONVOI Kembara Merdeka mengelilin­gi Pulau Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia