Utusan Borneo (Sabah)

Pengiktira­fan pembakar semangat

Pelatih kelas jahitan kongsi manfaat untuk masa depan

- Oleh NURFARAHAA­MNI HAAMSIR (Pelatih UMS)

KEKANGAN untuk membahagi masa antara keluarga dan kerjaya bukan halangan dalam mencapai sesuatu yang diinginkan.

Ada masanya, tekad serta semangat kuat mampu menjadi batu loncatan untuk seseorang meraih cita-cita yang diimpikan.

Begitulah gambaran semangat dan keyakinan empat wanita yang menerima anugerah sempena Sijil Kelas Seni Kreatif Jahitan anjuran Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS).

Penerima Anugerah Pelatih Cemerlang Sharifah Nurhafizza Wan Maliki, 33, berkata, kekangan masa antara cabaran besar sepanjang menjalani kursus berkenaan.

“Saya perlu menguruska­n anak dan menyiapkan tugasan jahitan tepat pada masanya.

“Pada awalnya agak sukar untuk menyusun masa namun secara perlahan-lahan saya dapat membahagik­an masa dengan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Borneo pada Majlis Penyampaia­n Sijil Kelas Seni Kreatif Jahitan Sesi 2017 baru-baru ini.

Walaupun tidak menyangka menerima anugerah berkenaan, Sharifah tetap bersyukur kerana usaha gigihnya mendapat hasil.

Bagi penerima Anugerah Pelatih Jahitan Terbaik Maslinah Abdul Majid, 32, pengiktira­fan itu membakar semangatny­a untuk berusaha lebih kuat dalam mencapai cita-cita.

“Ini menambahka­n lagi semangat saya untuk mencapai sasaran membuka akademi jahitan pada masa akan datang.

“Pencapaian ini juga hasil bantuan semua pihak yang terlibat untuk membantu lebih ramai golongan wanita di negeri ini,” jelasnya.

Sementara itu, bagi penerima Anugerah Pelatih Berpotensi Noily Mathews,

SHARIFAH NURHAFIZZA WAN MALIKI

33, antara proses yang paling mencabar dalam kursus berkenaan adalah membuka jahitan yang salah.

“Saya terpaksa membuka jahitan berulang kali jika ada kesilapan hinggalah saya menjadi lebih cekap dan teliti.

“Tetapi, dari kesilapan yang dibuat itulah membantu saya untuk lebih mahir dan cepat menguasai bidang jahitan ini,” katanya.

Manakala Pemenang Pertanding­an Busana Normah Kassim, 38, berkata, walaupun ada komitmen kerja yang lain, minatnya untuk mengikuti kursus jahitan tidak pernah pudar.

Beliau dinobatkan sebagai pemenang dalam menghasilk­an busana selepas hasil kreativiti­nya berjaya menarik perhatian juri.

“Saya amat berpuas hati apabila menjadi johan dalam petandinga­n busana dan ini tidak akan menghentik­an semangat saya untuk terus belajar,” katanya.

Sementara itu, Guru Kelas Seni Kreatif Jahitan Frada Joseph, 37, mahu setiap ilmu yang dikongsi bersama pelatih membawa manfaat besar dalam kehidupan masing-masing.

Beliau juga berharap para pelatih dapat meneruskan kerjaya dalam bidang jahitan.

Menurutnya, ilmu yang dipelajari sepanjang kursus berkenaan sebaiknya digunakan untuk membantu meningkatk­an taraf hidup para pelatih.

Setiausaha Tetap KBS Datuk Awang Damit Awang Anak menjadi tetapi kehormat yang menyampaik­an anugerah kepada para penerima.

“Kekangan masa antara cabaran besar sepanjang menjalani kursus berkenaan. Saya perlu menguruska­n anak dan menyiapkan tugasan jahitan tepat pada masanya. Pada awalnya agak sukar untuk menyusun masa namun secara perlahan-lahan saya dapat membahagik­an masa dengan lebih baik. ” Penerima Anugerah Pelatih Cemerlang

 ??  ?? TAPAK pameran yang menyediaka­n pelbagai produk keusahawan­an.
TAPAK pameran yang menyediaka­n pelbagai produk keusahawan­an.
 ??  ?? PENERIMA anugerah Noily (kiri), Maslinah (dua kiri), Sharifah (dua kanan), Normah (kanan) merakamkan kenangan bersama Frada (tiga kiri).
PENERIMA anugerah Noily (kiri), Maslinah (dua kiri), Sharifah (dua kanan), Normah (kanan) merakamkan kenangan bersama Frada (tiga kiri).
 ??  ?? AWANG Damit (tengah) menyampaik­an sijil kepada salah seorang pelajar pada majlis itu.
AWANG Damit (tengah) menyampaik­an sijil kepada salah seorang pelajar pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia