Utusan Borneo (Sabah)

190 jayakan Program Peningkata­n Profesiona­lisme Guru Pendidikan Khas

-

KOTA KINABALU: Seramai 190 orang menyertai Program Peningkata­n Profesiona­lisme Guru Pendidikan Khas anjuran Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).

Berlangsun­g di Dewan Auditorium Pusat Pengajian Pascasiswa­zah, Universiti Malaysia Sabah (UMS), program itu dihadiri guruguru pendidikan khas, guru aliran perdana, guru Kemas, guru pemulihan dan ibu bapa dari pelbagai daerah di Sabah.

Majlis perasmian penutupann­ya disempurna­kan Ketua Unit Pendidikan Swasta, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPNS Haji Wahab Ampuan Hamzah, mewakili pengarah JPNS.

Dalam ucapannya, beliau berkata kemenjadia­n murid berkeperlu­an khas memerlukan guru yang berakaunta­biliti, berkualiti dan berkemahir­an dalam pelbagai bidang.

“Ke arah mencapai matlamat itu, kepimpinan di peringkat JPNS, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan barisan hadapan pelaksana iaitu guru perlu mempunyai pemikiran yang selari sekali gus turut menjayakan agenda transforma­si pendidikan negara,” katanya.

Katanya, guru pendidikan khas juga perlu memahami peranan utama mereka bagi memastikan kemenjadia­n murid secara holistik.

“Sehubungan itu, syabas dan tahniah kepada Unit Pendidikan Khas, JPNS yang diketuai Jeffrey Sarikul selaku Ketua Unit Sektor Pendidikan Swasta dan Sektor Pendidikan Khas, serta AJK SET (Special Education Teacher) yang diselarask­an Zoriffah Mohd Kudin selaku pengarah program yang diadakan buat julung kalinya ini bagi memartabat­kan guruguru Pendidikan Khas di Sabah,” katanya.

Sementara itu, Jeffrey ketika ditemui berkata murid pendidikan khas sebenarnya mempunyai pelbagai kecerdasan yang boleh dicungkil, dipupuk dan dikembangk­an mengikut keupayaan mereka ke arah kecemerlan­gan individu yang optimum.

“Saya berharap agar semua peserta khususnya dalam kalangan guru pendidikan khas dapat memanfaatk­an seterusnya mengaplika­si segala ilmu yang diperoleh apabila kembali bertugas di sekolah masing-masing,” katanya yang juga timbalan pengerusi penganjur program itu.

Program dua hari itu telah dikendalik­an peceramah yang berpengala­man, antaranya Prof Madya Hasnah Toran (Kemahiran 3M, Penyediaan bahan bantu mengajar), Mahfuzah Zainol (Terapi pemulihan cara kerja), Dr Amelia Inbam Neelaganda­n (Terapi pertuturan), Dr Ong Puay Hoon (Dyslexia & Smart Phonic) dan Jacqline Lingham (Brain Gym).

 ??  ?? JEFFREY (tengah) bersama ahli jawatankua­sa pelaksana program berkenaan.
JEFFREY (tengah) bersama ahli jawatankua­sa pelaksana program berkenaan.
 ??  ?? JEFFREY (dua kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Wahab (kanan).
JEFFREY (dua kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Wahab (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia