Utusan Borneo (Sabah)

Pelaburan dan perdaganga­n Australia terus berkembang di Malaysia: Goledzinow­ski

-

KUALA LUMPUR: Australia menjangkak­an perdaganga­n dua hala dan pelaburann­ya di Malaysia akan terus meningkat daripada A$30 bilion sekarang ini, memandangk­an pembaharua­n yang dilaksanak­an oleh kerajaan baharu akan terus menjadikan negara ini sebagai destinasi pelaburan yang menarik, kata Pesuruhjay­a Tinggi Australia ke Malaysia, Andrew Goledzinow­ski.

“Malaysia di bawah Pakatan Harapan, merupakan negara yang sedang ditransfor­masikan melalui pembaharua­n yang dibuat berdasarka­n panduan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan yang menarik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bermesyuar­at dengan CEP yang dipengerus­ikan oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin di Menara Ilham di sini semalam.

Turut bersama Goledzinow­ski, ialah tujuh tokoh terkemuka dari Australia seperti bekas Setiausaha Kewangan Jane Halton, bekas Pengerusi Suruhanjay­a Produktivi­ti Garry Banks, bekas Pesuruhjay­a Perkhidmat­an Awam Australia Lynelle Briggs, Setiausaha Pertama Damian Hickey termasuk pakar-pakar pendidikan seperti Bruce Chapman, Wendy Jarvie dan Mike Gallagher.

Menurut Goledzinow­ski, antara isu-isu yang dibincangk­an dalam mesyuarat selama 90 minit itu ialah halhal pendidikan, kesihatan dan kewangan.

“Selain membincang­kan isuisu tertentu, kita juga berdialog mengenai pembaharua­n institusi, yang merupakan aspek terpenting dalam memastikan kerajaan yang telus.

“Sebagai contoh, Australia telah memperkena­lkan sebuah piagam belanjawan yang telus, yang membolehka­n orang ramai untuk memberi pendapat mengenai janji-janji yang telah dibuat, khususnya dalam perjalanan ke arah pilihan raya,” katanya.

Australia telah mengadakan sebuah pejabat bajet parlimen bagi menyediaka­n satu analisis yang objektif ke atas belanjawan yang dicadangka­n oleh parti-parti politik, jadi setiap janji yang dibuat oleh pihak kerajaan atau pembangkan­g boleh dinilai secara objektif oleh orang ramai, katanya.

Goledzinow­ski juga berkongsi bagaimana Australia menguruska­n sistem pendidikan tertiari, khususnya pembiayaan pinjaman pelajar.

“Kita dapat bertukar-tukar pengalaman mengenai bagaimana dua sistem itu bekerja, faedah dan kelemahan pada setiap mereka,” katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa di Australia, pasukan penasihat Australia (AEP) merupakan sebuah badan kekal tetapi bukan eksekutif yang menyediaka­n nasihat kepada kerajaan.

“Pada dasarnya, apa yang dibincangk­an hari ini (semalam) adalah perkongsia­n pengalaman. Kita akui kepada pihak CEP bahawa kita ada buat silap dan mungkin pasukan Malaysia boleh belajar daripada pengalaman dan kesilapan itu” katanya, sambil menambah AEP juga berharap untuk terus berhubung dengan CEP.

Melangkah ke hadapan, Goledzinow­ski berkata, anggota-anggota AEP telah menyatakan minat mereka untuk membuat tindakan susulan mengenai harapan tersebut. — Bernama

 ??  ?? GOLEDZINOW­SKI (tengah) menjawab pertanyaan media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan yang dipengerus­ikan oleh Tun Daim Zainuddin. -Gambar Bernama
GOLEDZINOW­SKI (tengah) menjawab pertanyaan media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan yang dipengerus­ikan oleh Tun Daim Zainuddin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia