Utusan Borneo (Sabah)

Kenanga Research kekal saranan ‘berprestas­i pasaran’ ke atas Westports

-

KUALA LUMPUR: Kenanga Research mengekalka­n saranan ‘berprestas­i pasaran’ ke atas Westports Holdings Bhd pada harga sasaran (TP) RM3.75 daripada RM3.50 sebelumnya, berdasarka­n berita bahawa kenaikan tarif kontena ditangguhk­an kepada Mac 2019 daripada tarikh perwartaan pada September tahun ini.

Dalam nota kajiannya, ia berkata penangguha­n itu akan menjejaska­n kontena masuk, memandangk­an harga bagi kontena pemindahan kapal perlu kompetitif bagi mengekalka­n bahagian pasaran.

“Walaupun kelewatan itu akan memberi kesan ke atas pendapatan tahun kewangan (FY) 2018, aspek positifnya ialah kesediaan kerajaan baharu dalam menimbang kenaikan tarif.

“Kami percaya penangguha­n itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengelak ia berjalan serentak dengan pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST), sekali gus memberikan lebih masa kepada perniagaan untuk menyesuaik­an diri dengan kenaikan harga di sepanjang rantaian bekalan mereka,” katanya.

Firma penyelidik­an itu tidak mengubah unjuran pendapatan bagi FY2018, namun menaikkan pendapatan pada FY2019 sebanyak tujuh peratus selepas mengambil kira kenaikan tarif.

Berdasarka­n peningkata­n unjuran pendapatan FY2019, ia juga mengandaik­an bahawa pelabuhan pelbagai kargo itu akan mencatat pertumbuha­n terminal satu peratus, dasar dividen yang tidak berubah dengan bayaran sebanyak 75 peratus serta kadar diskaun 6.2 peratus.

Risiko ke atas saranan Kenanga itu termasuk jumlah kontena yang lebih rendah berbanding unjuran, kelewatan pelaksanaa­n kenaikan tarif selain perubahan dalam dasar pembayaran dividen.

Pada jam 10.56 pagi saham Westports susut 20 sen atau hampir lima peratus kepada RM3.60 berbanding RM3.80 pada penutupan Jumaat, dengan 293,100 saham didagangka­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia