Utusan Borneo (Sabah)

CEO MDEC antara 100 tokoh paling berpengaru­h dalam kerajaan digital

-

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood disenaraik­an dalam kalangan 100 tokoh paling berpengaru­h dalam kerajaan digital oleh laman web, Apolitical.

Apolitical adalah sebuah syarikat B yang disahkan yang percaya bahawa perniagaan dapat menjadi satu tenaga untuk kebaikan dan dengan bangga dapat dipertangg­ungjawabka­n kepada standard akauntabil­iti dan ketelusan yang tinggi.

Syarikat B yang disahkan adalah jenis perniagaan baharu yang mengimbang­i tujuan dan keuntungan. Mereka diwajibkan untuk mempertimb­angkan kesan keputusan mereka terhadap pekerja, pelanggan, pembekal, komuniti dan alam sekitar.

Dalam menentukan senarai itu, Apolitical menarik pencalonan lebih daripada 100 penyumbang pakar, termasuk pakar kerajaan digital, ahli akademik dan kakitangan awam.

Apolitical berkata, teknologi digital telah mengubah hampir setiap aspek kehidupan orang ramai, termasuk kerajaan.

“Membawa teknologi digital t ran s format i f ke salah satu sektor terbesar dan paling rumit adalah kerja yang sukar dan orang yang mengetuai transforma­si ini selalunya berwawasan, imajinatif dan cekal,” katanya di laman web tersebut.

Dalam senarai itu, Yasmin berada bersama CEO Canadian Digital Services Aaron Snow, Ketua Pegawai Pembanguna­n Kerajaan Sweden Åsa Zetterberg, Timbalan Setiausaha Kumpulan Strategi Pejabat Perdana Menteri Singapura Jacqueline Poh dan Pengarah LabHacker Roberta Rabay.

Yasmin memulakan kerjayanya sebagai penganalis­is program dengan bank tempatan selepas menamatkan pengajian dalam Sains Komputer dan Matematik.

Pada September 2014, beliau dilantik sebagai CEO MDEC, sebuah agensi kerajaan yang menerajui agenda digital negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia