Utusan Borneo (Sabah)

Pengeluara­n getah asli melonjak kepada 41,578 tan metrik pada Jun 2018

-

KUALA LUMPUR: Pengeluara­n getah asli Malaysia melonjak 16.3 peratus kepada 41,578 tan metrik pada Jun berbanding 35,761 tan metrik pada Mei tahun ini, kata Jabatan Perangkaan (DoS).

Bagaimanap­un, bagi perbanding­an tahun ke tahun, pengeluara­n menurun 17.9 peratus daripada 50,614 tan metrik, katanya dalam satu kenyataan semalam.

DoS berkata, harga purata lateks pekat turun 9.7 peratus kepada 439.83 sen sekilogram berbanding Mei, manakala harga purata Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) juga merosot sebanyak 2.8 peratus kepada 545.20 sen sekilogram.

Eksport getah asli jatuh 8.5 peratus bulan ke bulan kepada 52,395 tan, dengan China, Jerman, Iran, Turki dan Amerika Syarikat menjadi lima destinasi eksport teratas.

Sementara itu, penggunaan domestik getah asli pada Jun juga berkurang sebanyak 7.3 peratus kepada 40,830 tan metrik.

“Industri sarung tangan getah menggunaka­n 31,391 tan metrik atau 76.9 peratus daripada jumlah penggunaan domestik getah asli. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia