Utusan Borneo (Sabah)

Reaksi bercampur dalam saham berkaitan pembinaan susulan pengumuman SST

-

KUALA LUMPUR: Harga saham berkaitan pembinaan menyaksika­n prestasi bercampur-campur semalam susulan pengumuman pengecuali­an Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) ke atas beberapa bahan binaan.

Pada tengah hari, syarikat gergasi pembinaan Gamuda Bhd tidak berubah pada RM3.69, manakala Mah Sing Group Bhd, Sunway Constructi­on Group Bhd dan IOI Properties Group Bhd naik satu sen setiap satu masing-masing kepada RM1.34, RM2.01 dan RM1.86 sen.

Sementara itu, saham SP Setia Bhd turun lima sen kepada RM2.95 sen, UEM Sunrise Bhd susut satu sen kepada 95 sen manakala Ecoworld Developmen­t Group Bhd berkuranga­n tiga sen kepada RM1.21.

Kelmarin, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan berharap pengecuali­an SST ke atas beberapa bahan binaan seperti simen, pasir dan besi akan dapat mengurangk­an kos pembinaan.

“Saya berharap kedua-dua pemaju dan pembeli boleh mendapat manfaat daripada penguranga­n beban cukai ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia