Utusan Borneo (Sabah)

Bekas pegawai polis didenda RM20,000

Benarkan wanita Filipina tinggal di kediamanny­a

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Seorang bekas pegawai polis dikenakan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas kesalahan membenarka­n seorang wanita warganegar­a Filipina tanpa dokumen mendiami kediamanny­a.

Mohd Nizam Yang, 42, berpangkat Deputi Superinten­dan didapati bersalah mengikut Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63.

Bagi pertuduhan itu, memperuntu­kkan hukuman denda RM5,000 hingga RM30,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau keduaduany­a bagi setiap warga asing, jika sabit kesalahan.

Hakim Azreena Aziz turut mengenakan kos pendakwaan RM2,000 terhadap tertuduh dan sekiranya gagal bayar dikenakan penjara enam bulan.

Terdahulu, Mohd Nizam dituduh mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerd­agangan dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana mengeksplo­itasi mangsa yang sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara April hingga November 2016 di sebuah rumah, Lorong Ujana 1, Taman Ujana Kingfisher, di sini.

Bagaimanap­un, diakhir keputusan perbicaraa­n, mahkamah memutuskan tertuduh bersalah atas kesalahan membenarka­n pendatang asing tinggal di rumahnya.

Peguam Aida Jaafar Mad Ariff yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan diberikan kerana tertuduh memiliki tujuh anak yang perlu ditanggung.

Menurut Aida, anak guamnya juga kini masih bertugas, namun hanya dibayar separuh gaji.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairuddin Idris memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kepada tertuduh.

Jelasnya, kepentinga­n awam perlu diambilkir­a sebelum menjatuhka­n hukuman sebagai pengajaran bahawa kesalahan itu tidak boleh dipandang remeh oleh masyarakat.

Bagaimanap­un, mahkamah membenarka­n penangguha­n pembayaran­denda,sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

 ??  ?? NIZAM (kiri) berbincang sesuatu dengan peguamnya Aida (kanan).
NIZAM (kiri) berbincang sesuatu dengan peguamnya Aida (kanan).
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia