Utusan Borneo (Sabah)

10 syarikat terlibat aktiviti perlombong­an pasir

- -Bernama

KOTA KINABALU: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Junz Wong berkata 10 buah syarikat telah dikenal pasti terlibat dalam aktiviti perlombong­an dan pengorekan pasir sungai-sungai di Keningau.

Daripada jumlah itu, beliau berkata tujuh syarikat akan diisytihar menjalanka­n aktiviti tersebut secara haram selepas lesen mereka dibatalkan, kerana tidak mematuhi syarat dalam Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), manakala tiga syarikat lagi masih dalam proses memperbaha­rui lesen.

Bagaimanap­un, Junz Wong berkata, proses memperbaha­rui lesen itu dihentikan sementara kerana pihaknya masih mencari mekanisme terbaik sebelum memperbaha­ruinya kerana aktiviti itu telah menyebabka­n hakisan tanah dan menurunkan kualiti air sungai.

“Banyak kerosakan tidak dapat dipulihkan dan banyak (operator) tidak mematuhi EIA dalam menjalanka­n aktiviti itu. Tanah penduduk serta tanah (kerajaan) negeri juga banyak terjejas.

“Justeru, mekanisme terbaik perlu dicari (sebelum membenarka­n lesen diteruskan dan diperbahar­ui) termasuk memikirkan berapa keluasan dan kedalaman dibenarkan bagi menjalanka­n aktiviti tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Selasa.

Pada 1 Julai, kerajaan negeri Sabah telah mengarahka­n supaya aktiviti perlombong­an dan pengorekan pasir sungai-sungai di Keningau dihentikan sertamerta meskipun operator terbabit mempunyai lesen yang dikeluarka­n oleh pegawai hasil tanah.

Bagaimanap­un Junz Wong berkata syarikat terbabit masih boleh menjual stok pasir yang mereka ada meskipun aktiviti itu telah dihentikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia