Utusan Borneo (Sabah)

Gerai, pasar lebih kondusif perlu disediakan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kerajaan akan mengambil perhatian keperluan menyediaka­n gerai-gerai dan tapak pasar yang lebih kondusif di daerah Ranau.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata, kemudahan prasarana itu diperlukan rakyat setempat bagi menjalani perniagaan hasil pertanian seperti sayur-sayuran.

“Kini kita dapat lihat pelbagai sayur-sayuran dijual di daerah ini, sayur mahal akibat daripada permintaan yang banyak. Ranau kini sudah menjadi pengeluar sayur.

“Kini tiba masanya bagi menyediaka­n pasar yang lebih kondusif untuk masyarakat setempat bagi memasarkan hasil pertanian khususnya di Kundasang,” katanya pada sidang media selepas sesi perbahasan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, kemudahan asas dari segi penginapan murah seperti inap desa perlu diseragamk­an.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, Kundasang sudah dilengkapi landskap semula jadi tetapi perlu mempunyai penyusunan baik dari segi perumahan.

“Walaupun tidak wujud sebarang isu setinggan, tetapi kita masih berperanan agar rumahrumah yang didirikan di kawasan itu perlu teratur.

“Perkara ini akan dibincangk­an bersama Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Christina Liew yang mana baru-baru ini beliau turut mengadakan lawatan ke Poring.

“Kawasan itu saya lihat agak terbiar... satu usaha perlu dilakukan untuk mengekalka­n keaslian semula jadi agar mampu menarik lebih ramai pelancong ke Poring,” katanya.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Hiew Vun Zin, Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Ginun Yangus serta tetamu kehormat lain.

 ??  ?? JAUJAN (dua kiri) menunjukka­n isyarat bagus bersama beberapa menteri, pembantu menteri dan penyokong kerajaan sebelum bermula sesi Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sabah ke-15 pada Selasa.
JAUJAN (dua kiri) menunjukka­n isyarat bagus bersama beberapa menteri, pembantu menteri dan penyokong kerajaan sebelum bermula sesi Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sabah ke-15 pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia