Utusan Borneo (Sabah)

Ribut: 50 rumah, premis di Tawau terjejas

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Sekurangku­rangnya 50 rumah dan premis di sekitar Bandar Tawau terjejas teruk berikutan fenomena ribut, angin kencang dan hujan lebat yang melanda.

Utusan Borneo difahamkan, fenomena alam itu berlaku kira-kira jam 11 malam Isnin, sebelum kesannya mula ketara antara jam 11.30 dan 12 tengah malam.

Malah, dua rumah di Kg Tanjung Batu Keramat Laut dan sebuah rumah di Batu 2.5 Jalan Apas didapati roboh akibat tiupan angin kencang yang berlaku semasa air laut surut.

Kes rumah yang terjejas dengan atap zink diterbangk­an angin juga turut berlaku, begitu juga kejadian rumah-rumah dihempap oleh serpihan zink dan kayu yang berterbang­an.

Antaranya, di Kg Tanjung Batu Keramat Laut, Kg Pukat Tanjung Batu Laut, Batu 2 hingga Batu 5 Jalan Apas, Kg Pasir Putih Baharu dan Taman Da Hua serta Taman Leeka.

Beberapa batang jalan di daerah ini turut terjejas dengan kejadian pokok tumbang di sekitar Jalan Tengku Osman, Jalan Utara, Jalan Apas dan Jalan Tanjung Batu Laut.

Begitu juga Kolej Tingkatan Enam Tawau dan SMK Tawau II serta premis perniagaan seperti bangunan kedai, warung dan bengkel di Jalan Dr Yamamoto, Tanjung Batu Keramat, Batu 2 Jalan Apas dan Hill Top.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Sharudy Delamin berkata bomba menerima banyak panggilan kecemasan sepanjang malam kejadian berlaku dari sekitar daerah ini.

Pada masa sama, bomba juga terpaksa berkejar ke Kg Sentosa untuk memadamkan kebakaran di salah sebuah rumah penduduk semasa fenomena terbabit berlaku.

Rata-rata mangsa yang ditemui mendakwa melihat angin berpusar yang menggerunk­an sehingga menyebabka­n mereka trauma dan ketakutan sepanjang fenomena itu terjadi.

KOTA BELUD: Penduduk daripada tujuh kampung di sepanjang Sungai Tampasuk meminta Kerajaan Negeri segera menyelesai­kan masalah mendapan pasir di sungai itu.

Wakil penduduk dari Kampung Gunding Majuntin Biloh berkata, masalah mendapan pasir kesan daripada gempa bumi lalu menyebabka­n sebahagian Sungai Tampasuk semakin cetek.

Katanya, keadaan itu bertambah serius apabila kerajaan baharu menghentik­an sementara Projek Khas Pengorekan Sungai yang terjejas oleh gempa bumi di Kota Belud, melibatkan sepanjang sungai itu sejak Mei 2018.

“Sejak projek itu dihentikan, keadaan mendapan pasir semakin serius dan tanah runtuh sering berlaku di tebingtebi­ng sungai menyebabka­n Sungai Tampasuk semakin cetek.

“Jika mendapat pasir di kampung-kampung yang kritikal tidak dikorek dan Sungai Tampasuk tidak didalamkan, apabila hujan lebat akan berlaku banjir,” katanya.

Menurut Majuntin, masalah banjir yang sering berlaku telah menjejaska­n hasil pertanian yang diusahakan oleh majoriti penduduk kampung di kawasan itu.

Katanya pertanian merupakan punca pendapatan utama penduduk kampung dan kini terjejas teruk.

Tujuh kampung yang kritikal menghadapi masalah itu ialah Linau, Gunding, Bobot, Ejuk, Tamau, Merabau dan Menunggui.

 ??  ?? RUMAH di Lorong Seroja, Kg Tanjung Batu Keramat Laut ini salah satu daripada kediaman orang Tawau yang roboh berikutan fenomena ribut, angin kencang dan hujan lebat yang berlaku.
RUMAH di Lorong Seroja, Kg Tanjung Batu Keramat Laut ini salah satu daripada kediaman orang Tawau yang roboh berikutan fenomena ribut, angin kencang dan hujan lebat yang berlaku.
 ??  ?? MAJUNTIN
MAJUNTIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia