Utusan Borneo (Sabah)

200 lagi penerbanga­n sewa khas akan sampai ke Sabah

-

SEBANYAK 200 lagi penerbanga­n sewa khas tambahan dari China, Korea dan Jepun akan tiba di negeri ini sehingga Mac tahun depan.

Timbalan Ketua Menteri Christina Liew berkata, penerbanga­n itu tiba dari bandar Zhengzhou, Wenzhou, Nanning, Tianjin, Yi Wu dan Xianyang.

“Sekurang-kurangnya, 76 penerbanga­n sewa khas dijangka dari Korea Selatan, termasuk satu dari Pulau Jeju.

“Setakat ini, kami telah menerima 152 penerbanga­n sewa khas pada enam bulan pertama tahun ini atau tambahan 200,000 pelancong dari China dan Jepun ke Sabah,” katanya pada sidang media selepas sesi perbahasan di Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15.

Beliau yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, sehingga kini,sebanyak19­6penerbang­an antarabang­sa berjadual dari 21 bandaraya antarabang­sa terbang ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) setiap minggu.

Katanya, tahun lalu Sabah menerima sejumlah 215 penerbanga­n sewa khas dari China, Korea Selatan, Taiwan, Jepun dan Thailand.

“Bagi penerbanga­n yang dijadualka­n, penerbanga­n langsung dari Bangkok ke Kota Kinabalu akan bermula minggu ini (Khamis), manakala penerbanga­n dua kali sehari dari Shenzhen dan Macau terus ke LTAKK dijangka bermula pada bulan November.

“Ketiga-tiga penerbanga­n itu adalah penerbanga­n dengan pesawat dari syarikat AirAsia,” katanya.

Menurutnya, jumlah kedatangan pelancomng semasa ke Sabah sehingga Jun tahun ini adalah 1.891 juta, ia menunjukka­n peningkata­n sebanyak 5.3 peratus berbanding tahun lalu.

 ??  ?? CHRISTINA
CHRISTINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia