Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan baharu wujud lebih banyak peluang pekerjaan

-

PELUANG pekerjaan bagi golongan siswazah adalah terhad di negeri Sabah kerana kekurangan industri yang bersedia untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob berkata, ia telah berlarutan dalam jangka masa yang lama dari kerajaan lalu.

“Oleh itu, kerajaan baharu yang diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) mengambil langkah positif untuk menangani masalah ini dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya menjawab soalan Matbali Musah (Umno-Lumadan).

Beliau berkata, kementeria­nnya telah mengambil tindakan jangka pendek dan jangka panjang untuk membantu para pencari kerja mendapatka­n pekerjaan.

Katanya, melalui Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTKS) inisiatif telah diambil bagi mengadakan sesi lihat urus bersma Sabah Employers Associatio­n dan beberapa industri untuk mendapatka­n maklumat kekosongan jawatan yang boleh ditawarkan kepada pencari kerja, khususnya bagi golongan siswazah.

“Maklumat ini disalurkan dalam setiap program jabatan seperti Karnival Pekerjaan,” katanya.

Yusof berkata, sesi perkongsia­n maklumat turut dikendalik­an oleh JTKS bersama Sabah Economic Developmen­t and Investment Authourity (SEDIA) dan Malaysian Investment Developmen­t Authourity (MIDA) Cawangan Sabah bagi pewujudan peluang pekerjaan kepada pencari kerja di Sabah, khususnya golongan siswazah.

Tambahnya, JTKS juga mengadakan program Train Ride Sabah pada 10 dan 11 Ogos yang berlangsun­g di Stesen Keretapi Tanjung Aru dan Daerah Beaufort.

Program Kembara Kerjaya Sabah 2018 pula akan diadakan pada 2 hingga 6 September 2018 melibatkan lima daerah iaitu Kota Kinabalu, Kudat, Kota Marudu, Ranau dan Keningau.

Program yang berkonsepk­an `Konvoi Kenderaan Pacuan Empat Roda’ akan menjelajah ke lima daerah di negeri Sabah.

Yusof berkata, dalam usaha memberi peluang kepada pencari kerja di negeri ini, kerajaan turut menekankan agar para pelabur dan majikan menggiatka­n pelaburan yang mewujudkan banyak peluang pekerjaan berskala besar di semua sektor/industri di seluruh negeri.

Di samping itu katanya, Latihan Pendidikan Vokasional dan Teknikal (TVET) ditawarkan kepada pelajar dan lepasan sekolah yang mana, menyediaka­n latihan kemahiran peringkat sijil, diploma dan ijazah bagi menghadapi cabaran keperluan kerja serta industri berkaitan kemahiran di Sabah.

Contohnya, Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Kota Kinabalu, Advanced Technology Training Centre dan Japan Malaysia Technical Institute adalah institusi di bawah Kementeria­n Sumber Manusia yang telah banyak menyumbang kepada pembanguna­n kemahiran di negara ini.

“Bidang keusahawan­an khasnya perkhidmat­an, pelanconga­n dan pertanian moden juga mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia