Utusan Borneo (Sabah)

Festival FIKS OD1S1 perkasa industri kecil

-

Festival Industri Kecil Sabah (FIKS) ‘One District One Small Industry’ (OD1SI) yang dilancarka­n pada 11 Julai 2018 bertujuan memperkasa­kan industri kecil di seluruh daerah supaya industri kecil-kecilan itu dapat menjana lebih banyak pendapatan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, ia juga menyediaka­n peluang pekerjaan kepada penduduk Sabah supaya mereka yang sedang bekerja di Semenanjun­g dan Singapura boleh kembali ke negeri ini, sekali gus membendung penduduk negeri ini berhijrah ke Semenanjun­g Malaysia untuk mencari pekerjaan.

“Di samping itu, kita akan memperluas­kan produk baharu berasaskan sumber asli yang terdapat di daerah-daerah yang kita ketahui memang terdapat banyak di merata daerah di Sabah,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor (Umno-Sulaman) dan Datuk Abidin Madingkir (UpkoPagina­tan).

Madius berkata, untuk memacu OD1SI dan untuk mencapai objektifny­a, Kementeria­n Perdaganga­n dan Perindustr­ian (KPP) telah merangka tiga komponen utama OD1SI.

Pertama, penganjura­n FIKS Sabah bertujuan melahir dan memperkasa­kan budaya keusahawan­an dalam kalangan penduduk di daerah-daerah melalui beberapa aktiviti tertentu seperti menganjurk­an kursus untuk menghasilk­an produk daripada sumber asli yang terdapat di daerah berkenaan.

Komponen kedua adalah untuk melaksanak­an inisiatif ‘District Flagship Product’ bagi membangunk­an satu kluster produk di setiap daerah dengan menggunaka­n sumber asli di daerah itu dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang yang mana, objektif akhirnya adalah untuk setiap daerah dikenali dengan produk ikon mereka sendiri dari segi jenis, kualiti, kuantiti dan harga produk masing-masing.

Komponen ketiga ialah mewujudkan Jawatankua­sa Penyelaras OD1SI Peringkat Negeri yang dipengerus­ikan oleh Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian untuk membincang serta menangani segala isu, cabaran dan masalah berkenaan perkembang­an OD1SI di Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia