Utusan Borneo (Sabah)

Pemegang kad pengenalan merah berusia 60 tahun ke atas diberi taraf warganegar­a: PM

-

KUALALUMPU­R:Pemegang kad pengenalan merah dan berstatus pemastauti­n tetap berusia 60 tahun ke atas akan diberi taraf kewarganeg­araan, sekali gus diberi kad pengenalan biru, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata bagi mereka yang berusia bawah 60 tahun, taraf warganegar­a akan diberi tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan termasuk lahir di Malaysia dan seorang daripada ibu bapa adalah warganegar­a Malaysia.

“Saya mahu umumkan keputusan yang dibuat semalam selepas perjumpaan dengan rombongan wakil masyarakat India.

“Kami berbincang manifesto janji Pakatan Harapan (PH) untuk menyelesai­kan masalah kewarganeg­araan kaum India yang memegang kad pengenalan merah iaitu seramai 3,407 orang, jadi mana-mana dalam kalangan mereka yang berusia 60 tahun, kita terus bagi kad biru,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas mengenai Senario dan Pengurusan Pekerja Asing di Malaysia di Bangunan Parlimen hari ini yang turut dihadiri timbalanny­a Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.

DrMahathir­berkatater­dapat beberapa lagi syarat yang perlu dipatuhi untuk memohon taraf kewarganeg­araan iaitu mereka perlu berada di Malaysia dalam tempoh 10 tahun terakhir dari 12 tahun mereka berada di negara ini dan boleh berbahasa Melayu.

“Untuk kelulusan dalam Bahasa Melayu, itu ‘simple’ sahaja kita buat. Jadi kalau mereka lulus kita boleh berikan kewarganeg­araan,” katanya sambil menyatakan proses untuk mengeluark­an kad pengenalan biru itu mungkin mengambil sedikit masa.

Menyelesai­kan isu kaum India yang tidak mendapat taraf kewarganeg­araan dalam masa 100 hari terkandung dalam manifesto PH jika berjaya mengambil alih Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Mei lepas. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia