Utusan Borneo (Sabah)

ERATKAN JALINAN KEKELUARGA­AN BERSAMA

-

Kini, kesibukan ibu bapa dalam mencari rezeki ditambahka­n pula dengan gangguan alat elektronik tanpa henti telah menyukarka­n lagi masa untuk diluangkan bersama.

Menurut Kolumnis dan Perunding Motivasi Keluarga, Encik Zaid Mohamad, "Kita harus merancang dengan proaktif dalam meluangkan masa bersama keluarga agar dapat memberikan lebih manfaat dalam membentuk sahsiah keluarga bahagia."

Jadi mengapakah hubungan kekeluarga­an amat penting dalam pembentuka­n sesebuah keluarga? Anak itu ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakka­nnya. Jadi pada peringkat permulaan, dengan meluangkan masa bersama, nilai-nilai murni dan pembentuka­n konsep diri yang positif dapat diterapkan seawal usia.

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memastikan masa diluangkan bersama. Walau sesibuk mana, detik-detik terindah masih boleh dicapai jika anda bijak merancangk­an bagaimana cara yang terbaik untuk meluangkan masa kualiti bersama seisi keluarga seperti melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti harian di mana-mana sahaja yang menarik bersama tanpa perlu membelanja­kan wang yang banyak.

Saling Bekerjasam­a

Salah satu tugasan harian yang boleh dilakukan bersama keluarga adalah seperti mengemaska­n rumah atau membasuh pakaian bersama dan ibu bapa haruslah bijak dalam mengagihka­n tugasan bersama. Si Manja selalunya suka apabila mereka diberi peluang untuk melakukan tugasan ini kerana mereka berpeluang memainkan peranan yang penting dalam menggalas tanggungja­wab yang diberikan. Ini dapat memupuk semangat bertanggun­gjawab di kalangan Si Manja.

Dengan melaksanak­an tugasan bersama, Si Manja dapat belajar dan memahami kepentinga­n bekerjasam­a melalui agihan tugasan untuk memastikan rumah sentiasa bersih dan terurus. ini dapat memupukkan sikap bertanggun­gjawab Si Manja dari peringkat awal untuk memainkan peranan penting dalam memastikan kebersihan rumah sentiasa terurus. Apabila kesemua rutin diterapkan ke dalam rutin harian, Si Manja akan lebih memahami nilai dan kepentinga­n kerjasama sesama ahli keluarga.

Menabung Bersama

ingin bercuti bersama seisi keluarga? Apa kata anda mulakan tabung percutian keluarga melalui tugasan-tugasan yang dilakukan sekeluarga? Pastikan setiap ahli keluarga anda turut sama dalam setiap pengagihan dan perancanga­n tugasan-tugasan sekeluarga. Contohnya bila anda memasak, pasangan anda mencuci pinggan dan Si Manja anda membantu membuang sampah. Setiap tugasan yang diselesaik­an akan menyumbang ke dalam tabung percutian keluarga anda. Di samping memupuk nilai berjimat cermat, ia juga mengajar Si Manja untuk lebih menghargai dan saling menyayangi antara satu sama lain.

Inilah sebabnya Dugro® memperkena­lkan promosi* koleksi tabung syiling yang comel, direka khas untuk Si Manja dan ibu bapa menabung bersama. Tabung ini dapat memainkan peranan dalam penyumbang­an untuk percutian sekeluarga atau membeli hadiah sempena hari ulang tahun. Apabila tabung sudah dipenuhi, Si Manja dapat merasai kepuasan melalui pencapaian matlamat dan akan mendorongn­ya untuk terus berusaha dan melakukan yang terbaik untuk sekeluarga.

Raikan Bersama

Bak kata pepatah; sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Segala usaha sekecil mana yang dipupuk dari peringkat awal akan menjadi kenyataan di suatu hari.

Gunakan simpanan dari amalan menabung dari awal dan gunakan hasil ini untuk meluangkan masa bersama sekeluarga melalui percutian atau aktiviti sekeluarga seperti berkelah bersama-sama. Eratkan lagi ikatan kekeluarga­an anda dengan meraikan segala kejayaan bersama-sama. Keluarga yang sentiasa bersama memberikan makna kepada Si Manja anda bahawa keluarga ini adalah keluarga yang bahagia.

Usaha dalam menyemai dan memupuk akhlak yang murni kepada Si Manja adalah usaha sama sekeluarga. Ini boleh direalisas­ikan dengan daya usaha setiap ahli keluarga dan dengan berkat kesabaran serta kasih sayang yang berterusan

Biasanya pada peringkat awal akan lebih mencabar tapi bila sifat tanggungja­wab ini dipupuk dalam kehidupan harian Si Manja, segala usaha akan berjalan lebih lancar.

Dugro® merupakan teman sejati para ibu. Kami percaya kepentinga­n memberikan sokongan padu dalam setiap langkah perjalanan yang diharungi oleh seliap keluarga. Matiamat kami adalah untuk memantapka­n semangat kekeluarga­an walau di mana jua dengan pengalaman yang menyeluruh. Ibu dan Dugro® bersama biarkan Si Manja menjadi lebih lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia