Utusan Borneo (Sabah)

Rela tolak bayaran pampasan, kes ‘Datuk Seri’ diteruskan

-

KUALA LUMPUR: Hasrat seorang ahli perniagaan yang mendakwa dirinya ‘Datuk Seri’ untuk menyelesai­kan kes menyerang dan mencederak­an tiga anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) dengan cara membayar pampasan kepada ketiga-tiga mangsa tidak kesampaian apabila kesemua mereka menolak tawaran tersebut.

Perkara itu disampaika­n peguam Datuk Rajpal Singh yang mewakili tertuduh, Liow Soon Hee, 29, ketika prosiding sebutan semula kes itu di Mahkamah Majistret Ampang, di sini pada Selasa.

“Pihak kami telah membuat satu representa­si sama ada mereka (ketiga-tiga mangsa) sudi menerima pampasan bagi semua pertuduhan, namun demikian kami telah mendapat jawapan bahawa mereka tidak berminat dengan apa-apa tawaran dan jawapan itu juga telah dihantar ke Jabatan Peguam Negara,” katanya di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali.

Peguam pemerhati bagi Rela, Datuk Michael Wong kemudian memberitah­u mahkamah bahawa ketigatiga mangsa telah ditemubual oleh ketua pengarah Rela berhubung tawaran itu dan mengesahka­n mereka telah mempertimb­ang dan menolak tawaran tersebut.

Sehubungan itu Mohamad Firdaus berkata mahkamah akan meneruskan kes itu dengan perbicaraa­n yang akan bermula pada 5 September ini.

Pada 31 Julai lalu, Liow melaluipeg­uamnyameng­hantar representa­si berhubung bayaran pampasan terhadap ketiga-tiga mangsa tersebut kepada Ketua Pengarah Rela, Zulkifli Abidin dan sebelum ini tertuduh juga pernah menghantar representa­si kepada Jabatan Peguam Negara bagi menggugurk­an kes itu namun telah ditolak.

Pendakwaan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Norhashima­h Hashim.

Sementara itu ketika ditemui pemberita di luar bilik bicara, Zulkifli berkata keputusan untuk menolak bayaran pampasan yang tidak dinyatakan­jumlahnyai­tuadalah kerana ia melibatkan maruah anggota penguatkua­sa.

“Ini merupakan maruah anggota yang bertugas, kita tidak mahu Rela dilihat boleh dibeli apabila sesuatu perkara dilakukan terhadap Rela, pelaku itu boleh melarikan diri dengan hanya membayar duit. Kita tidak mahu memberi ‘wrong signal’ kepada masyarakat,” katanya yang mahu kes itu menjadi pengajaran kepada masyarakat supaya lebih menghormat­i anggota penguatkua­sa di negara ini.

Bagaimanap­un, Rajpal mempersoal­kan kehadiran Zulkifli di mahkamah pada Selasa sehingga media memberi perhatian kepada Rela.

“Media kena adil. Ya, kita menawarkan pampasan namun itu tidak bermakna yang Rela tidak bersalah, jangan dengar dari sebelah pihak,” katanya.

Pada 3 November tahun lepas, Liow mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menyebabka­n cedera parah, menyerang penjawat awam dan menyebabka­n kecederaan ke atas tiga anggota Rela yang sedang bertugas di sebuah tokong di Kampung Baru Ampang, di sini.

Bagi pertuduhan pertama, Liow didakwa dengan sengaja menyebabka­n cedera parah ke atas Lee Weng Poh, 27, di perkaranga­n Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, di sini pada 6.30 pagi, 27 Okt 2017.

Dia juga dituduh dengan niat menyerang penjawat awam, Melvin Cheong Mun Khai, 21, yang sedang menjalanka­n tugasnya sebagai anggota Rela di tempat, waktu dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, Liow didakwa dengan sengaja menyebabka­n kecederaan ke atas Leong Jun Jie, 21, dan Melvin di tempat, waktu dan tarikh sama.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia