Utusan Borneo (Sabah)

56 terlibat dalam Operasi Penguatkua­saan Bersepadu

-

KENINGAU: Seramai 56 anggota dari pelbagai jabatan dan agensi penguat kuasa terlibat dalam Operasi Penguatkua­saan Bersepadu yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau, di sini pada Isnin.

Jabatan dan agensi yang terlibat dalam operasi itu terdiri Jabatan Pengangkut­an Jalan, AADK, Jabatan Imigresen Keningau, Bahagian Penguatkua­saan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, dan Jabatan Perikanan.

Operasi yang bertemakan Operasi Sekatan Jalanraya bermula jam 9.30 pagi diketuai oleh Pegawai Kesihatan Persekitar­an Placidius David.

Beliau berkata, sebanyak 106 kenderaan awam, sebuah lori mengangkut ikan dan sebuah baspersend­iriantelah­diperiksa di bawah Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 serta Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Katanya, lima kenderaan awam yang tidak mengikut spesifikas­i tanda larangan merokok di bawah PeraturanP­eraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 telah diberikan amaran oleh Pejabat Kesihatan Kawasan ini.

“Seramai empat individu yang diperiksa positif dadah melalui ujian air kencing ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah ini pada operasi penguatkua­saan bersepadu itu,” katanya.

Ketua Pegawai AADK Keningau Azri Golbin memberitah­u, keempatemp­at lelaki terbabit turut menjalani ujian HIV rapid test.

Placidius berkata, operasi yang julung kali dianjurkan oleh Klinik Kesihatan Keningau diharap dapat meneruskan jalinan kerjasama di antara pelbagai jabatan dan agensi penguatkua­saan di daerah ini pada masa akan datang, di samping mewujudkan kesedaran sivik masyarakat kepada orang ramai dan pengguna jalan supaya sentiasa mematuhi perundanga­n yang terdapat di negara ini.

Selain itu katanya, sebagai melambangk­an tanda sokongan semua agensi penguatkua­saan dalam melaksanak­an peruntukan undang-undang yang terdapat kepada jabatan masingmasi­ng.

 ??  ?? PARA anggota penguat kuasa daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bergambar ramai selepas operasi itu.
PARA anggota penguat kuasa daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bergambar ramai selepas operasi itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia